Apa pembaharuan yang ada dalam game ini nanti?

Kalau korang dah mainkan Assassin’s Creed Origins, pasti korang tahu bahawa semakin banyak elemen RPG yang dibawakan ke dalam siri game ini. Dan nampaknya Ubisoft mungkin akan menambah lebih banyak elemen genre tersebut ke dalam game yang baru sahaja diumumkan oleh mereka beberapa hari lalu, Assassin’s Creed Odyssey.

Menurut laporan Kotaku, beberapa elemen seperti dalam siri game The Witcher akan ditambah. Antaranya ialah pemilihan dialog untuk diucapkan oleh para pemain serta pemain akan boleh bermain protagonis utama sebagai sama ada lelaki atau wanita.

Selain itu, laporan itu juga menyatakan yang dua karakter utama dalam Origins, iaitu Bayek dan Aya tidak akan ditampilkan dalam Odyssey kerana jika diikutkan garis masa sejarah, Greek purba terlebih dahulu muncul sebelum zaman Cleopetra di Mesir purba. Bermakna, karakter-karakter baru akan diperkenalkan.

Assassin’s Creed Odyssey telah diumumkan secara rasmi oleh Ubisoft, namun info tambahan akan didedahkan semasa sidang media Ubisoft di E3 2018. Segala maklumat tentang livestream ini boleh didapati di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.