Pada bulan Mac 2016, Microsoft telah memberikan jemputan ke rangkaian online lain untuk menghubungkan Xbox Live untuk membenarkan cross-play antara Xbox dengan pesaing-pesaing konsol yang lain.

Pengumuman itu menghasilkan satu gelombang kejutan kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Di E3, Microsoft dan Nintendo telah mengumumkan kerjasama untuk cross-play Minecraft antara Xbox dan Nintendo Switch, tapi Sony tidak terlibat. Sony mengatakan tidak mahu menghubungkan PlayStation Network di luar rangkaiannya kerana demi keselamatan para penggunanya.

Sekarang, ketua Xbox, Phil Spencer telah memberikan perkembangan terkini tentang perkara ini berhadapan dengan Sony. Beliau memberitahu bahawa Microsoft bercakap dengan Sony sepanjang masa. Tapi perbualan itu tidak memberikan apa-apa dan mungkin takkan.

“Kami telah bercakap dengan Sony banyak kali. Dengan Minecraft berada di PlayStation, kami menjadi salah satu game terbesar untuk platform mereka dari segi jualan dan gameplay.” Spencer berkata. “Sama dengan Nintendo, hubungan dengan Nintendo mengenai perkara ini telah menjadi kuat. Mereka menjadi penyokong yang baik dan kami menyambung untuk berkolaborasi dengan mereka. Tapi saya rasa pandangan Sony adalah lain. Mereka patut bercakap tentang apa pandangan mereka.”

Apabila ditanya jika cross-play antara Xbox One dan PS4 telah kehilangan sebab. Spencer berkata beliau tidak mahu bercakap untuk Sony. Tiada apa yang pernah ditetapkan, tapi dilihat dari sekarang dengan Sony membuatkan Spencer percaya syarikat itu tidak akan menyertainya.

“Saya menghadapi masalah membuat komen-komen tentang motivasi atau garis masa mereka. Saya tahu sesetengah berpandangan mengatakan jika kawan saya ada konsol ini, mereka tidak boleh bermain dengan orang yang membeli konsol lain. Itu sebab mereka membeli konsol saya,” kata beliau.

“Sebab itu ia takkan pergi, Jadi kami meletakkan Minecraft di luar sana sebagai sebagai salah satu game terbesar untuk mana-mana platform dan membenarkan pemain untuk main bersama walaupun mereka datang dari platform berbeza. Saya tidak fikir semua orang akan mengambil jalan yang sama kepada ekosistem tersebut. Jadi saya tidak akan mengatakan yang ia kehilangan sebab tapi saya fikir sesetengah dari sebab-sebab asas dan beberapa scenario, mereka takkan pergi begitu sahaja. Jadi saya tidak tahu apa yang akan berubah.”

Spencer berkata beliau membenarkan persekitaran multiplayer untuk game untuk kekal seperti biasa kerana jumlah pemain yang lebih besar dari apa yang mereka fikirkan.

“Saya fikir orang melihat cross-play dan berkata ia lebih bagus untuk para gamer. Jika ianya bagus untuk gamer, saya menghadapi masa yang sukar untuk berfikir kenapa kita tidak lakukan ini, terutamanya apabila anda cuba untuk lakukan bisnes gaming sebagai bisnes yang lebih besar, kembangkannya, dapatkan lebih banyak game dan cipta lebih banyak peluang,” katanya.

“Terutamanya dalam ruang indie, sebenarnya. Jika anda mencipta game online indie dan anda akan mencipta sesuatu yang tajam dalam game anda. Versi Steam, Xbox Live di PC dan versi Xbox, versi PlayStation dan versi Switch mencipta scenario yang lebih susah. Kita patut membantu┬ádeveloper bukannya membuatkan hidup mereka susah.”

Ia bukannya satu masalah teknikal untuk menghasilkan cross-play antara Xbox One dan PS4. Fortnite dari Epic Games secara tidak sengaja menambah cross-play tersebut sebelum membuangnya. Ianya demi kepentingan politik dan pembuat perjanjian antara Microsoft dan Sony. Rocket League dari Psyonix telah berkata yang mereka hanya menunggu Microsoft dan Sony untuk memberikan lampu hijau untuk membuka jalan ke cross-play.

Sumber: Gamespot

Comments

comments