Peminat Otome games dan Uta no Prince-sama, jom lah kita menangis kegembiraan beramai-ramai!

Brocolli, publisher untuk game Uta no Prince-Sama baru sahaja mengumumkan bahawa kesemua game PSP yang penuh dengan lelaki-lelaki yang sedap mata memandang ini bakal menemui kaki otome gamers di PS Vita!

Untitled

Walaubagaimanapun, pengumuman ini hanyalah tertakluk kepada release di Jepun sahaja. Namun dengan kejayaan beberapa game otome yang telah berjaya di-localize, peminat (dan saya!) sangat-sangat berharap pihak tertentu dapat mengalihbahasa game ini juga!

UtaPri_Prologue-1

Uta no Prince-sama mengisahkan tentang seorang gadis, Haruka Nanami, yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang komposer dan mungkin suatu hari nanti dapat menggubah lagu untuk idol kesayangannya. Untuk itu, Haruka memasuki sekolah Saotame Academy, sebuah sekolah yang memang femes dengan silibus seni persembahannya. Jika Haruka berjaya di sekolah ini, dia dapat memasuki Shining Agency selepas dia menghabiskan persekolahannya.

uta

Namun, bukan senang perjalanan Haruka untuk mengejar impiannya itu. Pelbagai perkara perlu Haruka tempuhi. Sebelum menghabiskan persekolahan, 2 pelajar perlu berganding bahu; seorang menjadi idol dan seorang lagi menjadi komposer. Jika berjaya, kedua-dua mereka sudah pasti dapat memasuki Shining Agency dan menjadi artis debut mereka. Dan disinilah perjalanan anda sebagai Haruka dengan pilihan 6 lelaki bakal idol kacak bermula!

Oh, dan satu lagi. Di Saotame Academy, bercinta adalah diharamkan!

Mari kita sama-sama berdoa agar Uta no Prince-Sama mendapat perhatian publisher-publisher untuk dialihbahasakan! 95c693ff0efe8634fab26e79ecc8b785

Comments

comments