Gamer dan kelajuan Internet di Malaysia, sebuah kisah cinta yang penuh tragis. 

Gamer di Malaysia boleh dikatakan mempunyai skil yang bertaraf dunia apabila membincangkan tentang game-game online kompetitif. Namun, perkara yang amat penting apabila bermain game online ini, kelajuan Internet di negara ini sering tidak memihak kepada mereka.

Kabinet untuk Kerajaan Malaysia yang baharu baru sahaja mengangkat sumpah pada semalam. Secara rasminya, menteri-menteri baru ini memulakan kerja mereka pada hari ini. Terbaru, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo telah berjanji sesuatu yang mana ia pasti akan menggembirakan seluruh rakyat Malaysia, terutamanya golongan gamers.

Menurut laporan Amanz, beliau menyatakan bahawa kerajaan akan berusaha untuk menggandakan kelajuan jalur-lebar, tetapi ditawarkan dengan separuh harga berbanding hari ini. Beliau juga menyentuh mengenai pelbagai laporan daripada pengguna mengenai hal kelajuan internet tempatan yang kurang memuaskan.

Beliau turut mengatakan akan berusaha untuk mencapainya, dan mungkin mengambil sedikit masa untuknya.

Marilah sama-sama berdoa agar kerajaan benar-benar mengotakan janjinya ini.

Comments

comments