Info yang sebenar masih belum didedahkan!

Sebelum ini, kami telah melaporkan tentang keperluan spesifikasi yang telah didedahkan EA di laman Battlefield V di Origin. Walau bagaimanapun, menurut pengurus komuniti EA, Dan Mitre, keperluan spesifikasi itu adalah salah kerana ia merupakan placeholder sahaja.

Keperluan spesifikasi itu telahpun dipadam dari laman tersebut. Mitre mengesahkan lagi bahawa mereka masih belum mengumumkan sama ada keperluan spesifikasi minimum ataupun yang direkomenkan.

Kesedaran tentang info yang salah ini timbul apabila ramai pemain yang mendapati bahawa keperluan spesifikasi untuk Battlefield V boleh dikatakan agak sama dengan Battlefield 1. Sesuatu yang agak aneh.

Korang semua harap bersabar ya. Battlefield V masih jauh lagi untuk dikeluarkan, jadi agak pelik jika keperluan spesifikasi boleh dikeluarkan seawal ini. Sebaik sahaja info sebenar telah didedahkan DICE secara rasmi, kami akan laporkannya.

Battlefield V akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 19 Oktober nanti.

JomBaca: Battlefield V: Antara Mode Terbaru Adalah Pemain Melakukan Payung Terjun Secara Beramai-Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.