Xbox sememangnya ketinggalan jauh dari PlayStation dan Nintendo. Microsoft sebagai sebuah syarikat yang sedang menuju ke arah perkhidmatan sebagai platform dan Xbox juga mengikuti jejak langkah yang sama.

Jadi, adakah terdapat kemungkinan bahawa Xbox One X akan menjadi konsol terakhir Xbox? Mungkin Xbox seterusnya akan menjadi sebuah platform berdasarkan perkhidmatan, lebih kurang sama seperti Steam, mungkin? Tidak menurut kepada apa yang penganalisis IDC, Lewis Ward katakan.

“Tidak, Microsoft telah mempunyai banyak peluang untuk memunggah bisnes video game mereka dalam beberapa tahun ini atau masih belum, dan semestinya menjual pada harga yang rendah menjadi tidak masuk akal. Jika Microsoft telah menarik lebih banyak game ke dalam DNA terasnya pada tahun lepas. Ketua Xbox, Phil Spencer telah mendapat kenaikan pangkat dalam 3Q17 dan sekarang menjadi sebahagian daripada pasukan kepimpinan eksekutif yang melaporkan terus kepada CEO.”

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, matlamat utama syarikat itu untuk beberapa tahun akan datang adalah untuk menjadikan Windows 10 ke set TV melalui Xbox One dan juga di PC serta juga di tablet Surface. Sebuah kesatuan ekosistem gaming merentasi kesemua skrin dan disokong oleh Azure. Aplikasi UWP akan hadir dari semua pasukan pembangunan pihak ketiga, termasuklah aplikasi bisnes dan Microsoft mahu menyampaikan kedainya untuk kesemua kandungan itu. Fikirkan ia sebagai pesaing kepada Steam dan sebuah bisnes aplikasi kedai dalam satu. Merobek keluar game daripada campuran yang tidak masuk akal dan saya tidak pernah terfikir Microsoft sudah semakin hampir untuk memunggah aset Xbox.”

Daripada apa yang dikatakan olehnya, Microsoft sedang melalui peralihan penuh kepada idea perkhidmatan pada masa depan, yang bertentangan dengan konsol kerana melihat pada trend sekarang, memang itu yang mereka tujui. Tapi ia tidak akan berlaku dalam masa terdekat. Buat masa sekarang, Microsoft akan fokus kepada penjualan Xbox One dan Xbox One X mereka.

Sumber: Gamingbolt

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.