Letakkan ia di dock ataupun bawa ke mana-mana – ada perbezaannya.

Antara fungsi utama Nintendo Switch yang mengujakan para peminat adalah dengan memberi pilihan kepada pemain sama ada ingin bermain di televisyen dan letakkan di dock-nya, atau jadikannya sebagai handheld dan bermain di mana-mana sahaja. Walaupun pilihan ini telah diperlihatkan secara langsung kepada umum dengan cukup mengagumkan, namun mungkin ia terdapat sedikit kekurangan apabila bermain bukan dari dock-nya.

Menurut laporan terbaru daripada Eurogamer, yang memetik daripada beberapa sumber yang tidak disebutkan namanya, kelajuan Switch dikatakan akan lebih perlahan sebanyak 40 peratus apabila pemain menjadikannya handheld, atau dalam kata lain, mengangkat ia dari dock-nya. Walaupun kelajuan CPU dan kelajuan controller memori-nya dilaporkan tidak berubah dalam mana-mana konfigurasi (diletakkan di dock ataupun tidak), namun kelajuan GPU-nya dikatakan akan turun dengan drastik.

Segala spekulasi ini bakal terjawab tidak lama lagi apabila Nintendo akan mengadakan Switch Presentation 2017, yang akan diadakan pada 13 Januari, di mana ia bakal mendedahkan segala info tentang konsol terbaru ini.

Switch akan dilancarkan pada bulan Mac 2017.

Comments

comments