Beli cincin perkahwinan sambil angkut Xbox One S sekali? Berbaloi-baloi.

Microsoft nampaknya cekap dalam usaha untuk melariskan jualan konsol mereka dengan membikin satu iklan yang menggabungkan dua idea berbeza iaitu gaming dan perkahwinan.

Satu kedai barang kemas di Amerika Syarikat bernama Helzberg Diamonds menawarkan Xbox One S secara percuma jika membuat pembelian barangan kemas sebanyak $999 (RM3,999) atau lebih.

Boleh tahan juga dapat satu Xbox One S percuma setelah membeli barangan kemas sehingga mencecah harga hampir RM4,000.

Ini merupakan satu pengiklanan paling pelik (dan kreatif) kami pernah tengok dari Microsoft dan konsol Xbox setakat ini. Sebelum ini, Microsoft pernah dikatakan meniru hasil kerja seni pengiklanan seorang peminat PUBG bagi iklan rasmi PUBG tetapi sudah ditarik balik.

Agak-agaknya kalau tawaran Xbox One S percuma ini sampai ke kedai barangan kemas di Malaysia, korang rasa laku tak? Kongsikan pendapat korang dengan kami!

Comments

comments