Semua pasti sudah tahu apa yang telah terjadi kepada game Star Wars: Battlefront keluaran EA. Ia dilancarkan pada November 2015 dan pada masa itu ia mendapat sambutan yang amat meriah.

Walau bagaimanapun, ia hanya meriah buat seketika. Selepas beberapa bulan dilancarkan, para pemain mula menurun dan ia terus menjadi sebuah game yang kurang mendapat perhatian kini.

Terbaru, DICE tampil memberikan komen mereka mengenai perkara ini. Penurunan pemain ini bukanlah cakap-cakap kosong, malah diakui sendiri oleh DICE, developer untuk game ini.

Dalam video yang dimuatnaik oleh PlayStation, penerbit dari DICE, Craig McLeod telah menyatakan apakah puncanya Star Wars: Battlefront kurang mendapat sambutan setelah beberapa ketika, dan bagaimana mereka akan memperbaikinya dalam sekuel yang akan dikeluarkan pada hujung tahun ini.

“Ramai pemain merasakan bahawa Battlefront yang asal, selepas beberapa bulan bermain, ia kekurangan matlamat jangka panjang,” beliau jelaskan. “Jadi, inilah perkara yang kami pastikan akan lakukan yang terbaik dalam game baru ini,”

Sekiranya korang masih tidak mendapat gambaran apakah yang bakal disajikan dalam Star Wars: Battlefront II, ia adalah suatu penambahbaikan yang sangat signifikan berbanding siri pertamanya. Antara perkara penting yang akan ditambah dalam game ini kelak adalah kesemua karakter daripada original, prekuel dan sekuel trilogy akan ditampilkan dalam game ini nanti. Selain itu, story campaign juga akan dibawakan, memperkenalkan watak terbaru, iait Iden Version – dan yang paling penting, ia merupakan sebuah kisah yang berkait secara rasmi dengan universe filem Star Wars.

Tambah McLeod lagi, cita-cita yang ada dalam Star Wars: Battlefront II adalah sesuatu yang beliau tidak pernah fikirkan mampu dilakukan dalam gaming.

“Cita-citanya di sini adalah kami berjaya untuk mencapai sesuatu yang saya tidak pernah terfikir mampu direalisasikan apabila bekerja dalam bidang game,” kata beliau. “Saya cukup bangga dengan itu.”

Star Wars Battlefront II akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 17 November 2017.

JomBaca: Tarikh, Game Mode Dan Map Untuk Open Beta Star Wars Battlefront II Telah Diumumkan

Comments

comments