Crossover yang menarik antara Bandai Namco dan Square Enix.

Bandai Namco telah mengeluarkan sebuah video trailer, sekaligus mengumumkan bahawa karakter baru seterusnya yang bakal dibawakan dalam Tekken 7 adalah satu karakter yang mungkin korang tidak pernah terfikir.

Noctis Lucis Caelum dari Final Fantasy XV keluaran Square Enix akan ditampilkan dalam Tekken 7 sebagai karakter yang boleh dimainkan. Sebuah stage baru menggunakan latar belakang FFXV turut akan ditampilkan dalam DLC 3 ini.

Korang boleh saksikan trailer yang gempak ini di bawah:

Watak dari game RPG ini akan dibawakan ke dalam game fighting itu pada musim bunga 2018 (sekitar Mac hingga Jun).

Tekken 7 kini boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.

Comments

comments