Bayek pun nak tunggang Chocobo!

Pada bulan Ogos lalu, Ubisoft dan Square Enix telah mengumumkan kerjasama yang mana mereka akan membawakan kandungan crossover antara dua game paling popular masing-masing. Pada 30 Ogos lalu, kostum bertemakan Assassin telah dibawakan khas untuk watak Noctis dan pada 31 Ogos pula, DLC Assassins’ Festival pula telah diterbitkan, yang mengetengahkan kebolehan menyelinap seperti siri Assassin’s Creed.

Kini, tibalah pula kandungan dibawakan pula ke dalam siri game popular Ubisoft, iaitu Assassin’s Creed Origins. Untuk mengakses kandungan ini, korang perlu cari ikon berwarna hijau dalam peta. Ia merupakan quest di level 23, dengan nama “A Gift From The Gods”.

Quest ini adalah singkat – tiada sebarang pertempuran dan hanya ada satu puzzle. Namun, terdapat cutscene menarik yang menampilkan antagonis dari FFXV, iaitu Ardyn Izunia.

Apa yang akan korang peroleh dari quest ini adalah perisai, pedang, serta seekor unta yang berbentuk Chocobo dari FFXV!

Korang boleh saksikan screenshots yang diambil oleh Kotaku di bawah, ataupun korang boleh tonton gameplay quest ini di sini.

Assassin’s Creed kini boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.

JomBaca: Assassin’s Creed Rogue HD Telah Dinilai Rating Di Korea, Bukti Ia Akan Dikeluarkan Tidak Lama Lagi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.