“Ia hanya kosmetik”.

Pada 6 Mac nanti, bersama-sama dengan pelancaran Operation Outbreak dan Operation Chimera, Ubisoft akan memperkenalkan sistem loot box dalam Rainbow Six Siege.

Loot box yang akan dibawakan ke dalam game ini hanyalah dalam masa terhad, eksklusif untuk Operation Outbreak – bermakna akan berakhir para 3 April nanti.

Walaupun hanya menampilkan barangan kosmetik, sistem loot box ini turut mendapat kecaman daripada sesetengah pemain. Pengarah jenama untuk game ini, Alexandre Remy telah tampil ke hadapan, memberikan komen terhadap kecaman ini.

“Saya merasakan loot box itu adalah seperti kedai cenderahati selepas menaiki roller coaster,” kata Remy kepada MCV. “Saya rasa sangat empati kepada pemain yang kurang gembira dengan perkara ini, tapi pada masa sama, saya tidak fikir yang ia menipu sesiapa, saya tidak rasa kami bersikap tamak.”

 

Beliau menyatakan lagi yang prinsip Ubisoft terhadap loot box adalah ia tidak akan mempengaruhi apa-apa kepada gameplay – yang mana barangan yang didapati hanyalah bertindak sebagai kosmetik.

Loot box dalam Rainbow Six Siege mungkin adalah sesuatu yang baru, namun membeli barangan kosmetik dengan menggunakan wang sebenar adalah sesuatu yang telah ada dalam game ini sejak sekian lama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.