Suratan atau kebetulan?

Bentuk yang kelihatan seperti kalimah Allah telah dijumpai dalam DLC terbaru Horizon Zero Dawn, The Frozen Wilds.

JomGaming telah diberitahu oleh sahabat kami, Oniedemarco, setelah beliau menemui bentuk yang seakan kalimah Allah semasa bermain DLC yang baru sahaja dikeluarkan pada 7 November lalu. Screenshots di bawah adalah apa yang telah dikongsikan oleh beliau.

Sekiranya ia masih tidak jelas, korang boleh tonton video di bawah, yang juga dirakam oleh Oniedemarco.

Di bawah adalah lokasi bentuk ini, jika korang ingin melihatnya dengan mata korang sendiri.

Salah seorang penulis JomGaming yang lain, Liza Langkasuka turut mengesahkan perkara ini. Kata Liza, ia lebih menarik apabila bentuk yang seakan kalimah Allah ini kelihatan semasa seorang pendeta itu sedang bercerita tentang agama Banuk.

Buat masa ini, kita tidak tahu sama ada ia adalah bentuk yang tidak sengaja terbentuk, ataupun satu “kalimah” yang sengaja diletakkan. Dan yang paling penting, kita tidak tahu apakah motif di sebalik bentuk ini. Harap jangan ada yang membuat spekulasi liar ya 😉

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.