EA tidak akan berganjak.

Antara kejutan yang dibawakan ke dalam Battlefield V adalah menjadikan karakter wanita sebagai fokus utama. Dari cover art, trailer pertama, sehinggalah ke trailer War Stories, ia dipenuhi penglibatan wanita.

Ada sesetengah gamers yang tidak senang dengan arah yang EA dan DICE bawakan ini. Kata mereka, ia tidak realistik kerana tiada penglibatan wanita di medan perang semasa Perang Dunia Kedua.

Bercakap dalam temubual bersama Gamasutra, CEO EA Patrick Söderlund telah memberi respon kepada isu ini dan beliau begitu tegas dalam menyatakannya. Kata beliau, EA tidak berminat untuk mengambil kisah cemuhan mereka terhadap tindakan pembangun itu mempelbagaikan ruang gaming.

Kata Söderlund:

“Tentang wanita dalam Battlefield, ini adalah sesuatu yang pasukan pembangunan kami usahakan. Battlefield V akan banyak tentang yang tidak pernah dilihat (unseen), yang tidak pernah diceritakan (untold), yang tidak pernah dimainkan (unplayed). ”

“Persepsi umum adalah tiada wanita semasa Perang Dunia Kedua. Terdapat ramai wanita yang berjuang dalam Perang Dunia Kedua dan terlibat dalam perang ini.”

“Kami akan bertegas, kerana saya rasakan mereka yang tidak memahaminya, kamu ada dua pilihan, sama ada terima sahaja atau jangan beli game ini.”

JomBaca: Karakter Wanita Dalam Battlefield V Akan Tetap Kekal Walau Menerima Rungutan, Kata Pengurus Besar DICE

Battlefield V akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 19 Oktober nanti.

Comments

comments