Trailer terbaru Just Cause 4 menyambung tradisi siri itu dengan menambah lebih banyak letupan!

Akhirnya leak beberapa hari lepas sah! Just Cause 4 kembali dengan hero paling gagah!

Trailer ini menampilkan beberapa penambahan dan ribut yang paling besar. Cuacanya yang gelap amat sesuai untuk gaya reka seninya kali ini berbanding dengan Just Cause 3 yang mana persekitarannya lebih terang.

Dihasilkan oleh Avalanche Games yang baru dimiliki oleh Nordisk Film, siri Just Cause secara khususnya memfokuskan kepada kemusnahan di tempat-tempat seperti kilang letupan, pelantar minyak, loji kimia, kawasan kuari.

Avalanche telah membezakan Just Cause dari game open-world seperti Grand Theft Auto dengan membenarkan permainam aksi lagak ngeri ala-ala Hollywood.

Sumber: polygon 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.