just-cause-3-easter-egg-001

Mencari Easter Egg mungkin susah bagi setiap gamer di dalam game yang berkonsepkan open world. Bayangkan mencari Easter Egg di dalam game Just Cause 3?

JomBaca: Just Cause 3: Boleh Beli Or Boleh Blah?

Konfem korang rasa mustahil kan, tapi jangan terkejut kalau Penulis katakan sudah ada gamers yang sudah menjumpai Easter Egg di dalam Just Cause 3 ini. Jom usha:

  1. Patung Snowman. 

just-cause-3-easter-egg-002

Alamak, macam tak logik pulak ada patung snowman kat kepulauan Medici ni, nak kata Krismas lambat lagi. Haha apa pun korang boleh jumpa patung ni di kawasan Costa Sud.

just-cause-3-easter-egg-003

2.  The Mile High Club.

just-cause-3-easter-egg-005

Kelab yang berkonsepkan kapal terbang ini korang boleh jumpa di sekitar persisiran pantai di kawasan Maestrale. Kelab ini berada dalam keadaan yang telah di tinggalkan. Apa yang menarik korang boleh menunggang lembu jantan – boleh la beraksi ala-ala rodeo gitu.

just-cause-3-easter-egg-004

just-cause-3-easter-egg-006

3. Jet Ski Rubber Duck

just-cause-3-easter-egg-008

Pelik bukan, tapi dah nama pun Easter Egg, kena la benda pelik-pelik. Jet Ski cute ni korang boleh jumpa di tepi tasik di kawasan Val De Mar. Korang boleh la pandu uji menatang ni.

just-cause-3-easter-egg-007

4.  Tukul Thor

just-cause-3-easter-egg-009

OMGWTF! Kegilaan apa ni. Tukul Thor ada kat kepulauan Medici! Jangan terkejut guys, korang boleh jumpa tukul ni di kawasan pergunungan di Grande Pastura. Motif? Jangan tanya penulis nape die ada kat situ, maybe Thor tengah bercuti dari Avenger kot.

just-cause-3-easter-egg-010

5.  Dark Soul Bonfire

just-cause-3-easter-egg-012

Sape pernah main Dark Soul konfem tau apedia bonfire. So kat kawasan Cauda korang boleh jumpa Bonfire ala-ala Just Cause. Tapi cuma korang boleh nyalakan api je, takde la sampai boleh save game kat situ.

just-cause-3-easter-egg-011

6.  Teleporter

just-cause-3-easter-egg-014

Jangan tak percaya pulak, memang ada alat teleporter yang korang boleh jumpa di Trio dekat kubu Porto Darsena. Korang hanya perlu masukkan kod-kod tertentu untuk mengaktifkan portal teleport ini.

just-cause-3-easter-egg-013 just-cause-3-easter-egg-015

7.  Gambar Pada Start Menu

just-cause-3-easter-egg-016

Korang perasan kan pada start menu akan ada gambar Rico sedang duduk relak sambil minum arak. Korang boleh jumpa tempat di sebuah kepulauan tanpa nama di bahagian kiri peta berhampiran dengan Rocca Blau.

just-cause-3-easter-egg-017

8.  Pogo Stick

just-cause-3-easter-egg-018

Jangan ingat takde function pogo stick ni, korang boleh gunakan dan pogo stick ni akan terus melompat-lompat tanpa henti selagi korang menaikinya. Dan yang lagi best korang boleh musnahkan kenderaan ataupun orang dengan hanya melompat ke atas diorang.

just-cause-3-easter-egg-019

9.  Baju Emas/Biru & Baju Hitam/Biru

just-cause-3-easter-egg-020 just-cause-3-easter-egg-021

Korang ingat lagi tak baju yang pernah menjadi viral di Facebook? Baju yang menjadi perdebatan hangat hanya kerana warna baju tersebut, korang boleh jumpa baju ini di pakai oleh gadis di apartment di kawasan Regno. Hmm macam-macam.

just-cause-3-easter-egg-022

10.  Pedang Final Fantasy

just-cause-3-easter-egg-023

Buster Sword kepunyaan Cloud, hero di dalam Final Fantasy ini korang boleh jumpa terpacak di pergunungan Montana. Tapi sayang Rico tak boleh guna pulak pedang ni, kalau tak konfem havoc.

just-cause-3-easter-egg-024

11.  Bobbleheads

just-cause-3-easter-egg-025

Ini merupakan Easter Egg kegemaran Penulis, korang perlu ke Trio dan kemudian bebaskan Vico Platessa. Kemudian pergi ke atas bangunan seperti di dalam peta dan korang akan jumpa pistol unik ini. Secara automatik kepala korang akan membesar sekiranya korang equip pistol tersebut. Yang lebih menarik lagi korang juga boleh membesarkan kepala sesiapa sahaja yang korang nak dengan hanya menembak diorang menggunakan pistol tersebut.

just-cause-3-easter-egg-026 just-cause-3-easter-egg-027

So guys, setakat ini sahaja yang dapat penulis kongsikan bersama korang di JomGaming untuk kali ini. Sekiranya korang ada terjumpa Easter Egg di dalam Just Cause 3 ini boleh lah kongsikan bersama kitorang dengan emailkan kepada kami.

JomBaca: Just Cause 3: Unboxing Just Cause 3 Collector’s Edition!

ADIOS!!

Comments

comments