just-cause-002

Just Cause 3, tak perlu diperkenalkan lagi kepada gamers yang meminati francais game aksi sengal open-world ini. Best ke tak? Berbaloi untuk di beli ke tak? Jom follow review kitorang di Boleh Beli or Boleh Blah!?

Seronok Sangat Ke Just Cause 3 Ni?

Just Cause 3 merupakan game daripada developer Avalanche Studio yang berkonsepkan single player action adventure di mana korang akan bermain sebagai Rico Rodriguez yang pulang ke tanah air nya iaitu Medici sebuah negara di kepulauan Mediterranean dalam misi membebaskan Medici daripada cengkaman pemerintahan kuku besi General Di Ravello.

just-cause-008
Diktator General Di Ravello

So secara amnya game open world ini memerlukan korang bekerjasama dengan rakan baik korang iaitu Mario Frigo dan juga pihak pemberontak dalam misi menjatuhkan General Di Ravello.

JomBaca: Sehari Bersama Just Cause 3!

Yang menariknya bagaimana developer menperkenalkan watak Rico dengan intro yang amat dahsyat dan menarik sekaligus membuatkan penulis jatuh hati pada Just Cause 3 ini.

Single Player Je Ke?

Just Cause 3 hanya menumpukan pada single-player sahaja, tiada mode multiplayer. So seperti yang kita sedia maklum, hanya story mission dan juga side mission sahaja yang boleh korang mainkan.

Tetapi walaupun hanya story mission dan side mission sahaja yang ada, kepuasan bermain Just Cause ini dapat penulis rasakan kerana lambakan mission-mission yang korang boleh lakukan dan side mission yang boleh dilakukan berulang-ulang kali.

just-cause-021
Icon berwarna kuning adalah Story Mission manakala Icon hijau adalah side mission

Story missionnye straight forward tidak menyimpang dari cerita asal dimana di dalam story mission korang akan berjumpa dengan pemberontak-pemberontak yang akan memberikan korang misi dalam usaha menjatuhkan kerajaan General Di Ravello.

Yang lebih menarik lagi, oleh kerana kebanyakkan pemain tidak suka membuat side mission, Avalanche Studios telah memasukkan konsep upgrading gajet hanya dapat dilakukan sekiranya korang melakukan side mission.

just-cause-018
Antara side mission yang ada di dalam Just Cause

just-cause-015

Di anggarkan 8 jenis side mission yang korang boleh lakukan untuk men’upgrade’ wingsuit, kenderaan, kekuatan senjata dan juga grappling hook.

just-cause-003

Letupan Adalah Satu Seni!

Dari segi gameplay pula, tidak banyak yang diubah di dalam Just Cause kali ini cuma beberapa penambahan gajet iaitu grappling hook dan juga wingsuit.

Bila sebut sahaja pasal grappling hook, ia merupakan salah satu gajet kegemaran penulis kerana ia merupakan alat yang membolehkan korang menjadi kreatif ketika korang menggempur dan memusnahkan kubu-kubu pengikut Di Ravello.

JomBaca: Just Cause 3: Unboxing Just Cause 3 Collector’s Edition!
just-cause-011
Tak logik? Tiada yang logik dalam Just Cause 3

Jadi kreatif, buat apa sahaja yang terlintas di pikiran korang. Chainkan grappling hook pada 2 biji helikopter dan lihat bagaimana mereka terhempas tanpa korang perlu bersusah payah hendak menembak.

just-cause-012
Ni bukan glitch ataupun bug! Ini Grappling hook punya penangan.

Ataupun chainkan grappling hook pada kereta dan dinding – lihat bagaimana kereta tersebut melekat pada dinding dan meletup! Atau korang lebih suka memusnahkan benda dengan letupan? Cari saja tangki-tangki minyak ataupun generator kemudian tembak dengan rocket launcher ataupun bom tangan – boom! Pasti korang merasa puas melihat letupan demi letupan di dalam kubu musuh.

just-cause-007
Letupan memang satu seni
just-cause-022
Penulis memang pantang tengok bahan mudah terbakar ni, rasa nak bom je

Grafik Cun Melecun Ke?

just-cause-016

Sejujurnya penulis merasakan grafik bagi Just Cause ini menarik, memandangkan mereka mengambil inspirasi daripada kepulauan Mediterranean. Tona warna yang menarik, warna-warni dari bunga-bungaan, suasana malam yang tenang bersesuaian dengan konsep kepulauan dan tidak terlalu menyakitkan mata.

just-cause-025

Dari segi audio pula, penulis gemar dengan slang Latin dari Rico dan juga penduduk setempat. Sekiranya korang berjalan bersama penduduk tempatan, korang dapat mendengar perbualan mereka dan juga muzik-muzik yang dimainkan – membawa korang sejenak ke negara Latin. Efek dari tembakan dan juga letupan amatlah padat dan terasa seperti korang yang berperang di dalam game ini.

Cacat Cela Dalam Just Cause 3

Bagi penulis benda yang amat merimaskan dan menyusahkan ialah tiadanya sistem auto-lock pada musuh. Memandangkan musuh datang dari segenap arah, amatlah sukar bagi penulis untuk menembak musuh ataupun memusnahkan sasaran tanpa bantuan auto lock ini.

Mungkin bagi mereka yang sudah biasa dengan siri Just Cause sebelum ini tidak menghadapi masalah, tetapi bagi mereka yang pertama kali bermain game ini mungkin akan memberi kesukaran kepada mereka untuk bermain.

just-cause-026
Alamak, alamak! Macamana nak auto-lock!

Sistem loading yang lambat juga merupakan salah satu punca mengapa game ini mungkin akan menyebabkan para gamers cepat merasa bosan. Penulis pun sudah banyak kali terkena bila ingin mengulang side mission, terpaksa menunggu sehingga 5 minit untuk game tersebut loading!

Walaupun mempunyai keluasan map yang besar, namun begitu pengulangan setiap mission juga membuatkan para gamers cepat merasa bosan. Korang tetap akan melakukan benda yang sama setiap masa dan ini pasti akan membosankan korang sehingga hanya menumpukan pada story mission sahaja.

Walaubagaimanapun, penulis masih belum menjumpai sebarang glitch ataupun bug di dalam game ini dan penulis merasa amat seronok bermain Just Cause ini dan merasakan berbaloi untuk di beli dan dijadikan sebagai salah satu koleksi.

Keputusan: BOLEH BELI OR BOLEH BLAH!?

BOLEH BELI! – Sekiranya korang merupakan gamers yang sanggup bertahan lama dalam sesebuah game walaupun terdapat pengulangan mission-mission yang sama, Just Cause 3 ini memang sesuai untuk korang. Menjelajah ke seluruh peta, melakukan kemusnahan berleluasa, melakukan story mission dan semua side mission tanpa bosan, maka ini merupakan game yang korang cari.

BOLEH BLAH! – Harus diingatkan, Just Cause 3 ini merupakan game action-adventure yang hanya menumpukan pada tembak menembak sahaja, tiada combat melee dan repetitive mission juga mungkin akan membosankan korang. Tidak disarankan untuk mereka yang mahukan game yang mempunyai unsur-unsur logik.

+ Gameplay yang menarik dengan pelbagai senjata dan gajet.
+ Map yang luas, berbaloi bagi gamers yang ingin bermain bagi jangka masa yang panjang.
+ Grafik dan efek bunyi yang menarik dan memukau.
+ Story mission dan side mission yang banyak untuk dimainkan.

 Mission yang repetItive di setiap tempat membuatkan korang cepat bosan.
 Loading untuk sesuatu mission kadang-kadang mengambil masa yang lama.
 Tiada sistem auto-lock pada musuh menyukarkan bila berhadapan dengan musuh.
 AI yang mudah untuk di bunuh tidak memberi cabaran.

[su_box title=”JomBeli!” box_color=”#ff0000″]Khas untuk pembaca JomGaming! Korang boleh Order Just Cause 3 dengan menghantar ‘JGJC3‘ ke Inbox Partner Seller kitorang dan dapatkan diskaun RM5!

Dapatkan penghantaran launch-day PERCUMA terus ke kawasan anda bagi yang menetap di Lembah Klang!

[/su_box]

ADIOS!

Comments

comments