Just Cause 3: 10 Fakta Yang Korang Mungkin Tak Tahu!

Tidak lama lagi Just Cause 3 akan dipasarkan. Jom tengok apa yang best pasal game ini!

JomBaca: Just Cause Gameplay Yang Awesome! Logik Simpan Poket!

1. Watak utama Rico berasal dari Mexico

just-cause-3-rico

Rico Rodriguez adalah seorang yang berasal dari Mexico dan dibesarkan di Medici. Beliau telah kehilangan ibubapa pada usia yang muda dan telah didaftarkan masuk ke dalam The Agency sejak berumur 18 tahun. Beliau juga pernah menganggotai CIA.

2. Mario Frigo akan kembali dalam Just Cause 3

just-cause-3-mario-frizoJust Cause 3 bermula dengan kisah sahabat Rico yang bernama Mario telah diculik. Rico dan Mario merupakan sahabat sejak kecil dan dalam siri kali ini beliau merupakan ketua puak penentang pemerintah diktator di Medici.

3. Lakukan kemusnahan untuk level-up!

2757437-image_327403_orig

Dengan melakukan kemusnahan, pemain akan dianugerahkan experience point yang diberi nama Gear Point. Gear point ini digunakan untuk menaiktaraf senjata dan item milik Rico untuk melakukan kemusnahan yang lebih awesome!

4. Pandu, tunggang, terbang keliling pulau!

just_cause_3_e3_screen_7Terdapat 80 buah kenderaan untuk korang guna dalam Just Cause 3. Ia termasuk kenderaan darat, air dan udara seperti motorsikal, monster truck, kereta kebal, jetski dan juga jet pejuang. Korang juga akan memiliki garage untuk menyimpan kenderaan kegemaran.

5. Lakukan aksi stunt ala filem Hollywood!

just-cause-3-car-stunt

Korang boleh mengakses kapal terbang kargo dan terjun dari situ bersama kenderaan lain. Lakonkan semula filem aksi kegemaran korang!

6. Engine game yang telah digilap

just-cause-rico-injury

Just Cause 3 kali ini memperkenalkan engine game yang bakal menunjukkan efek yang lebih terperinci. Kecederaan yang dialami oleh Rico akan ditunjukkan secara realtime dan kecederaan ini akan mempengaruhi gerakan Rico ketika melawan musuh. Tak dilupakan efek letupan yang menarik ala filem Michael Bay.

7. Wingsuit – transportasi masa kini!

just-cause-3-wingsuitKorang akan boleh meluncur laju diudara menggunakan wingsuit milik Rico. Ini memudahkan perjalanan ke destinasi kerana Just Cause 3 mempunyai peta yang sangat besar!

8. Sekali lagi diulang, MAP YANG SANGAT BESAR!

just-cause-3-full-map

Menurut developer game tersebut ia sebesar 1000 km persegi! Peta Grand Theft Auto 5 yang dikategori sangat besar juga hanyalah 256 km persegi. Developer menjanjikan pemandangan yang indah dan bervariasi untuk dinikmati pemain kelak!

9. Just Cause akan berada di pasaran tak lama lagi!

just-cause-3-launch-date1 Disember 2015 adalah tarikh game ini akan dipasarkan. Pasti ramai yang menanti game open world ini kerana ia membentangkan aksi yang tak dapat diberikan oleh game open world lain seperti siri Grand Theft Auto dan juga Saints Row.

10. Just Cause 3 hanya untuk PC, PS4 dan Xbox One

just_cause_3_box_art_xbox__playstation__pc.0Just Cause 3 hanya boleh didapati untuk PC, PS4 dan Xbox One. Console PS3 dan Xbox 360 tidak mempunyai kapasiti kuasa untuk memproses game ini!

JomBaca: Pembalasan Dendam Yang Menggila!

[su_box title=”JomBeli!” box_color=”#ff0000″]Khas untuk pembaca JomGaming! Korang boleh Pre-Order Just Cause 3 dengan menghantar ‘JGJC3‘ ke Inbox Partner Seller kitorang dan dapatkan diskaun RM5!

Dapatkan penghantaran launch-day PERCUMA terus ke kawasan anda bagi yang menetap di Lembah Klang!

[/su_box]

Comments

comments