Jurutera Mechatronik, Julio Vanquez telah mencipta alat secara berpasangan yang mana membolehkan controller Switch Joy-Con lebih mudah digunakan untuk pemain kurang upaya yang terhad kepada penggunaan satu tangan.

Dihebahkan oleh AbleGamers, sebuah badan amal dikhususkan untuk membawa video game kepada mereka yang mempunyai kecacatan fizikal, alat tambahan unik untuk controller oleh Vanquez boleh dicetak dalam bentuk 3D di kedai berdekaran dan blueprint untuk kedua-dua model boleh didapati di laman web milik Vanquez, Thingiverse.

Satu model hanya perlu menekan dua Joy-Con bersama jadi tiada ruang yang ditinggalkan di bahagian tengah. Ini nampak agak janggal untuk digunakan untuk kedua-dua tangan, tapi kepada mereka yang mempunyai satu tangan akan mendapati ianya lebih mudah untuk ibu jari mereka mencapai semua butang apabila menggunakan controller ini.

Variasi yang lebih menarik adalah slot Joy-Con itu bersama berada di sudut kanan jadi pemain akan menggunakan ibu jari mereka di bahagian kiri. Sementara jari-jemari pemain boleh mencapai di permukaan sekeliling dan memanipulasi butang-butang di bahagian kanan Joy-Con.

Vanquez mendapat inspirasi untuk mencipta alat ini selepas rakan mereka yang merupakan peminat Zelda telah hilang keupayaan untuk menggunakan tangan kanan.

“Adapter ini telah dihasilkan mengikut permintaan dari kawan saya, Rami Wehbe, yang mana mahu mencari jalan untuk bermain Zelda: Breath of the Wild dengan hanya menggunakan tangan kiri. Dia hilang keupayaan untuk menggunakan tangan kanannya akibat kemalangan cerebrovascular.” Jelas Vanquez.

“Reka bentuk semasa ini adalah hasil dari kajian hampir seminggu dan banyak prototaip yang gagal kerana saya perlu memastikan bahawa ia akan mudah untuk dicetak, ringan dan praktikal. Selepas mengujinya sehingga ia mampu berfungsi dengan baik, kami memutuskan untuk berkongsinya, jadi ia boleh membantu para pemain yang mengalami situasi yang hampir sama.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.