Jumlah pre-order tidak lagi memainkan peranan yang penting seperti mana ia pernah berlaku dahulu, kata Ubisoft.

ubisoft-games

Dalam laporan kewangan Ubisoft pada minggu lalu, CEO Ubisoft, Yves Guillemot telah membincangkan serba sedikit mengenai jumlah pre-order yang dilakukan terhadap game-game masakini.

“Kami memandang jumlah pre-order adalah penting, namun ia tidaklah memainkan peranan yang paling utama dalam menentukan kejayaan sesebuah game,” kata Guillemot apabila ditanyakan mengenai bagaimana tempahan awal mampu mengubah nasib Watch Dogs 2.

Ubisoft menjelaskan bahawa mereka menganggap bahawa jumlah tempahan awal bukan lagi menggambarkan kejayaan sebenar prestasi sesebuah game itu jika dibandingkan pada suatu ketika dahulu. Salah satu punca trend ini terjadi adalah apabila pelanggan tidak lagi perlu risau sekiranya terdapat kekurangan stok di kedai untuk mendapatkan game yang diingini. Mereka boleh terus memuat turunnya dari online store masing-masing pada hari pelancaran game tersebut.

Ubisoft turut memberikan contoh seperti Far Cry 3 yang tidak memiliki jumlah pre-order yang tinggi kerana pemain ingin menunggu review dan maklum balas daripada pemain lain.

Rainbow Six Siege juga menjadi contoh yang terbaik, kata Ubisoft. Game ini juga tidak memiliki jumlah pre-order yang memberangsangkan, namun disebabkan kegigihan developer yang menyokong game ini sehingga ke hari ini dan sentiasa mendengar maklum balas pemain, ia menjadi game yang semakin popular.

Rainbow-Six-Siege-destruction

Rainbow Six Siege masih lagi mempunyai jumlah pemain aktif yang ramai selepas kira-kira setahun ia dilancarkan pastinya disebabkan usaha mereka yang menampilkan pelbagai DLC percuma. DLC keempat dan terakhir untuk tahun pertama telahpun mereka dedahkan dan mereka akan memaparkan demo secara langsung gameplay DLC tersebut pada 12 November ini.

Comments

comments