Rekod jualan telah berjaya dipecahkan dengan keluaran game Dragon Ball FighterZ pada dua minggu lalu. Kini, game itu mula mengalami masalah apabila jangka hayat game itu menjadi semakin pendek dengan kadar penurunan jumlah pemain yang mendadak.

Menurut SteamCharts, game fighting popular itu mampu untuk mencapai jumlah pemain seramai 44,234 di Steam. Jumlah tersebut mengalahkan game Tekken 7 untuk game yang ramai jumlah pemain untuk genre fighting, yang mana hanya mencapai seramai 18,700 pemain.

Ia sememangnya masuk akal, melihat kepada pemasarannya yang tinggi disajikan kepada umum sebelum game itu berada di pasaran.

Dalam tempoh 24 jam, jumlah pemain tertinggi yang mampu dicapai adalah seramai 7,479. Ini adalah 15% daripada jumlah sebelumnya.

Untuk perbandingan, ia mengambil masa selama lebih 2 bulan untuk Tekken 7 mempunyai jumlah peratusan kehilangan yang sama.

Ia agak awal untuk mengatakan apa makna semua ini terhadap game itu, tapi beberapa buah game yang terdahulu juga mencapai penurunan yang pantas juga masih belum mencapai peningkatan.

Dragon Ball FighterZ akan menjadi muka hadapan di EVO 2018. Ini merupakan konvensyen game fighting terbesar pada tahun ini, dan ini mungkin akan dapat membantu game itu untuk menaikkan semula jumlah pemainnya. Malah, produser game itu juga merancang menyertai pertandingan tersebut.

Sumber: Backlog Critic

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.