Xbox One terus mengukuhkan bilangan jualan walaupun dengan kehadiran pelbagai eksklusif PlayStation seperti PS VR.

xbox one s

PS4 sememangnya menewaskan jualan Xbox One sejak pelancarannya beberapa tahun lepas tetapi fenomena ini berubah sejak beberapa bulan yang lepas. Sejak Julai lepas, nampaknya jualan Xbox One berjaya melebihi jualan PS4 dan ini berterusan hingga ke bulan Oktober di US, UK, dan Australia.

Data ini telah diperolehi dari NPD Group dan GfK Entertainment, dilaporkan oleh GameSpot baru-baru ini. Penganalisis menyatakan ini kemungkinan adalah hasil penerbitan Gears of War 4, yang sememangnya menjadi penantian ramai peminat siri terbabit.

Namun begitu, bulan November bulan adalah lebih menarik untuk diperhatikan kerana pada bulan ini, PS4 Pro telah mula dipasarkan. Adakah ia akan menukar pengaruh jualan bagi Sony dan juga Microsoft? Kita nantikan laporan yang bakal diterbitkan oleh badan-badan yang berkenaan.

Comments

comments