Kekecewaan yang dirasai dalam siri pertama nampaknya masih berbekas dalam hati para peminat.

watch-dogs-2

Sama seperti jualan di minggu pertama Titanfall 2, Watch Dogs 2 juga nampaknya tidak mampu untuk menyaingi jualan yang dicapai oleh siri pertamanya, Watch Dogs. Di sebalik Watch Dogs 2 yang menerima review yang mantap daripada pelbagai pengkritik, namun peminat mungkin belum boleh memaafkan Ubisoft dengan apa yang telah mereka peroleh daripada siri asalnya.

Itu sekurang-kurangnya adalah data yang dikeluarkan oleh GfK Chart Tracker, yang mengeluarkan data jualan di pasaran UK. Laporan ini menyimpulkan bahawa Watch Dogs 2 berada di kedudukan kedua, dengan Call of Duty: Infinite Warfare masih lagi menduduki tangga teratas buat minggu ketiga berturut-turut.

Ia menyatakan, “Infinite Warfare menolak dengan tipis cabaran yang datang daripada kemasukan baru Watch Dogs 2 keluaran Ubisoft.”

Laman tersebut tidak menyatakan hasil jualan yang tepat oleh game-game tersebut. Namun, menurut laporan dari NeoGAF yang membuat sedikit jangkaan apabila melihat data yang dikeluarkan, Watch Dogs 2 mungkin telah terjual sebanyak 80 ribu unit.

Sebagai perbandingan, Watch Dogs yang asal telah berjaya dijual sebanyak 380 ribu unit. Suatu perbezaan yang cukup mengejutkan.

Berikut adalah 10 game terlaku pada minggu lalu di pasaran UK, yang telah dilaporkan oleh laman tersebut:

  1. Call of Duty: Infinite Warfare
  2. Watch Dogs 2
  3. FIFA 17
  4. Battlefield 1
  5. WWE 2K17
  6. Forza Horizon 3
  7. Dishonored 2
  8. The Elder Scrolls 5: Skyrim Special Edition
  9. Grand Theft Auto 5
  10. Assassin’s Creed: The Ezio Collection

watch-dogs-2

Walaupun ini hanyalah laporan yang dikeluarkan oleh satu sumber, dan ianya hanya di pasaran UK, Ubisoft telah tampil ke hadapan, mengakui bahawa sememangnya hasil jualan Watch Dogs 2 tidak memberangsangkan, seterusnya telah memberi komen mereka mengenai hal ini:

“Kami sangat bergembira dengan reaksi positif yang ditunjukkan oleh para pengkritik dan pemain, di mana ia sepatutnya akan menaikkan semangat kami untuk menyokong game ini pada masa akan datang. Ia benar bahawa jualan hari pertama dan minggu pertama untuk beberapa game besar, termasuk Watch Dogs 2 dan game dari pesaing kami, memiliki penurunan yang ketara berbanding siri sebelumnya pada tahun-tahun sebelum ini.

Walau bagaimanapun, kami menjangkakan jualan pada minggu kedua dan minggu ketiga akan berada di atas daripada hasil jualan tradisional. Ia mempunyai trend terhadap game, lebih-lebih lagi game yang berkualiti tinggi, mempunyai hasil jualan akan datang yang lebih kuat dan lama, dengan review yang baik dan penyebaran dari mulut ke mulut. Watch Dogs 2 telah diakui sebagai penambahan yang baik kepada siri open-world action adventure dan kami yakin bahawa jutaan pemain akan menyukai game ini.”

watch-dogs-2

Watch Dogs 2 telah dilancarkan pada minggu lalu di PS4 dan Xbox One, dan akan dilancarkan di PC pada 29 November ini.

Comments

comments