Adakah anda salah seorang daripada 53 Juta pemilik PlayStation 4?

Menurut laporan Polygon, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Sony, jualan PS4 semasa cuti akhir tahun lalu adalah 6.2 juta unit. Angka ini seterusnya telah mengumpulkan jumlah jualan PS4 mencecah 53.4 juta unit di seluruh dunia, sejak pertama kali ia dilancarkan pada November 2013.

Sony menyatakan bahawa jumlah jualan untuk cuti akhir tahun lalu itu dikira antara 20 November 2016 hingga 1 Januari 2017. Walau bagaimanapun, dalam kenyataan terbaru itu, Sony tidak menyebut apa-apa tentang jumlah jualan PlayStation VR dan PS4 Pro.

Di samping itu, Sony turut mendedahkan bahawa 50.4 game telah terjual, termasuk kedua-dua digital dan disk fizikal pada cuti akhir tahun lalu. Salah satu daripada game tersebut, Uncharted 4: A Thief’s End telah berjaya dijual sebanyak 8.7 unit, sehingga 21 Disember 2016.

“Kami sangat bersyukur untuk sokongan yang cukup padu daripada para peminat dan rakan kongsi, di mana ia telah membantu menjadikan jualan cuti akhir tahun ini antara yang terbaik dalam sejarah kami,” kata CEO Sony Interactive Entertainment,¬†Andrew House.

“Kami akan menyasarkan untuk meneruskan momentum tahun ini dengan meluaskan lagi portfolio judul PS4, mengembangkan lagi pengalaman gaming dalam PlayStation VR dan pengalaman gaming berkualiti tinggi di PS4 Pro, dalam masa yang sama meluaskan lagi perkhidmatan rangkaian. Kami akan kekal teguh dalam menjadikan PS4 adalah tempat terbaik untuk bermain.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.