Satu tamparan yang hebat kepada francais yang cukup tersohor ini.

call of duty infinite warfare cod

Menurut laporan Eurogamer, jualan pelancaran Call of Duty: Infinite Warfare di pasaran UK telah menurun 48.5 peratus jika dibandingkan dengan jualan pelancaran Call of Duty: Black Ops 3. Kedua-dua game ini dilancarkan pada waktu yang agak sama, di tahun yang berbeza, iaitu pada Jumaat dalam bulan November.

Namun begitu, ia jauh sekali untuk mengatakan bahawa Infinite Warfare memiliki hasil jualan yang sangat teruk jika dibandingkan dengan game-game yang dikeluarkan pada tahun ini. Infinite Warfare masih lagi menjadi game kedua terlaku semasa pelancaran, berada di belakang FIFA 17, walaupun telah kehilangan sejumlah jualan tersebut.

Dan perlu diingat juga bahawa Infinite Warfare tidak dikeluarkan di platform PS3 dan Xbox 360, seperti yang dilakukan kepada Black Ops 3.

Walau bagaimanpun, jika dibuang kiraan jualan last-gen platforms itu, Infinite Warfare tetap kehilangan 43.6 peratus hasilan jualan pelancaran, menurut Eurogamer yang memetik data daripada syarikat Chart-Track yang berpusat di UK.

call_of_duty_infinite_warfare

Beberapa hari lalu, dicatatkan bahawa Farming Simulator 17 kini lebih popular berbanding Infinite Warfare di Steam.

Comments

comments