Dapatkan game-game terkini seperti Assassin’s Creed Origins, FIFA 18, Call of Duty: WWII dan banyak lagi di PlayStation Store.

Black Friday adalah masa membeli-belah sakan pada setiap tahun dan PlayStation Asia menawarkan pilihan game-game kegemaran ramai dengan potongan harga berbaloi-baloi.

Jualan Black Friday pada kali ini menawarkan diskaun sebanyak 40% dan pelanggan PS Plus ditawarkan lebih banyak diskaun bergantung kepada game pilihan anda.

Daripada sekian banyak game yang diberikan diskaun, ini antara game yang kami rasakan menarik disertakan di dalam jualan Black Friday 2017:

  • Gran Turismo Sport (RM174.30 | Harga asal: RM249)
  • Final Fantasy XII: The Zodiac Age (RM138.69 | Harga asal: RM207)
  • Uncharted: The Lost Legacy (RM119.20 | Harga asal: RM149)
  • Uncharted 4: A Thief’s End (RM74.50 | Harga asal: RM149)
  • FIFA 18 (RM124.83 | Harga asal: RM219)
  • Assassin’s Creed Origins (RM217 | Harga asal: RM310)
  • Call of Duty: WWII (RM377.10 | Harga asal: RM419)
  • Need for Speed: Payback (RM131.40 | Harga asal: RM219)
  • Middle of Earth: Shadow of War (RM188.30 | Harga asal: RM269)
  • Destiny 2 (RM318.44 | Harga asal: RM419)
  • ….dan banyak lagi!

Tawaran jualan Black Friday 2017 bermula pada 21 November 2017 dan berakhir pada 28 November 2017.

Anda boleh usha game-game yang anda teringin nak main sekarang di PlayStation Store.

Tambahan lagi, berita baik kepada pengguna Celcom kerana anda boleh beli nilai kredit PlayStation melalui talian mereka.

Comments

comments