JomUnbox: STREET FIGHTER T.N.C 02 – KEN

Nih JomGaming nak share dengan korang figurine Ken dari Street Fighter. Apa yang best sangat? Jom kita tengok!

Ken - Packaging Box

Kelmarin satu pakej sampai ke meja editorial JomGaming. Tengok-tengok dari Play Interactive, salah satu supplier game terbesar di Malaysia! Diorang mintak JomGaming review figurine Ken dari BigBoysToys HK nih! Jom kitorang tengok apa best dengan Ken kenit ini!

Ken - Product Detailed

Mula-mula kitorang ingatkan patung biasa aje. Tetapi figurine ini ada gimik yang buat kipas-susah-mati Street Fighter tersengih sorang-sorang! Cuba korang tengok video kitorang kat atas tuh!

IMG_3392 (Medium)

IMG_3394 (Medium)IMG_3395 (Medium)

Setelah dibelek-belek, sememangnya figurine yang diperakui oleh Capcom ini layak dijadikan collector’s item. Colour separation dan ukiran mold patung ini memang kemas dan tampak eksklusif. Material PVC dan ABS yang digunakan juga menjadikan ianya rasa solid apabila dipegang.

IMG_3425 (Medium)

IMG_3436 (Medium)IMG_3445 (Medium)Patung berukuran lebih kurang 17cm ini dilengkapi dengan efek cahaya dan bunyian Ken yang melaungkan ‘Shoryuken’ tatkala melancarkan penumbuk berapinya! Jangan lupa masukkan 3 bateri AAA sudahlah!

Lagi unik, figurine ini disertakan juga dengan background diorama dan tong dram dari stage Ken dalam game  Street Fighter itu sendiri! Ken ini adalah  figurine kedua yang keluar selepas Ryu dan Hadouken menyalanya tempoh hari. Kami di JomGaming tidak berpeluang untuk mereviu figurine Ryu itu – mungkin di reviu lain akan datang.

Dikhabarkan akan ada lagi 6 figurine yang akan dikeluarkan dalam series ini – dengan figurine berikutnya adalah patung Chun Li! Sama-samalah kita nantikan kemunculan figurine-figurine dari BigBoysToys ini nanti!

[su_box title=”JomBeli!” box_color=”#ff0000″]Khas untuk pembaca JomGaming! Korang boleh order figurine Ken BigBoysToys HK yang berharga RM388 ini dengan menghantar ‘JGKEN‘ ke Inbox Partner Seller kitorang dan dapatkan diskaun RM20!

Dapatkan penghantaran launch-day PERCUMA terus ke kawasan anda bagi yang menetap di Lembah Klang!

[/su_box]

Comments

comments