JomGaming NAK video gameplay korang yang kelakar, awesome, cemas, gempak dan yang sewaktu dengannya! Apa tunggu lagi, hantarlah link video korang, dan biar guest-writer kitorang, Liza Langkasuka compile dalam artikel mingguan!

Salam semua gamers! Liza nak tanya ni, korang ada tak video killstreak awesome, glitch kelakar seram, aksi comel or lawak sengal dalam game bersama kengkawan korang? Jom bagi Liza kumpulkan setiap Isnin dan bagi gamers satu Malaysia tengok!

Tak kisah lah apa game yang korang mainkan, asalkan klip videonya kelakar, awesome, sengal, ataupun troll – korang just uploadkan ke Youtube dan share dengan Liza, OK?

Semasa menghantar video tersebut, pastikan korang memenuhi syarat-syarat berikut. Senang je!
– Video korang telah diupload ke Youtube.com
– Penerangan pendek berkenaan video tersebut
– IGN/PSNID/Gamertag korang untuk digunakan dalam artikel

– Video itu adalah video korang sendiri. Jangan hantar video orang lain pulak!*
*Kalau korang tolong hantarkan link video bagi pihak lain, sila sertakan juga nama dan emel pihak tersebut. Biar dia bangga sikit tengok nama dia naik! Hehe

Jadi, jangan malu, jangan segan! Hantarkanlah link video itu ke emel kitorang di [email protected] sekarang jugak! Jangan lupa tau!

Berikut adalah beberapa contoh video yang dihantar ke JomGaming bagi artikel ini:

Bro RiZZu1986 kasi tunjuk ajar macamana nak clear room penuh dengan enemies dalam Tom Clancy’s Rainbow Six Siege. Gile style sangat nih!

Gamer Waja_Asmara menyelamatkan fireteam beliau dari teamwipe ketika menentang pakcik Warpriest di dalam raid Destiny. Fuhh, nasib baik tuh bro!

Korang minat main Rocket League? Nih Tobeng94 kongsi keindahan dunia atas padang Rocket League – syahdu seh!

Video berikutnya kita ada Zafuran yang tengah bawak sniper rifle beliau berkenalan dengan para enemies dalam Destiny. Boom! Headshots!

So apa korang tunggu lagi? Kongsikan dengan kitorang video gameplay korang! Emelkan ke [email protected] sekarang jugak! Liza tunggu tau!

Editor: Siri JomRakam! ini adalah inisiatif dari Liza Langkasuka, seorang console gamer yang juga penulis jemputan di JomGaming. Korang ada video gameplay untuk dikongsikan kepada dunia? Emelkan aje link video ke Liza, dan nantikan artkel JomRakam! ini setiap Isnin!

Comments

comments