Salam semua gamers! Untuk JomRakam! episode pertama minggu ini, kitorang ada kejadian pilot helikopter yang fail, seorang assassin yang gile bernasib baik, pengalaman kelakar ‘chipmunk’ berhadapan zombies, dan montaj aksi multiplayer The Last of Us! Jom layan! 

Berikut adalah 5 video terbaik pilihan JomRakam! minggu ini:

GTAV Duo – blooberryberry & cLoVer_miza Yang Mencuit Hati.

Gadis-gadis gamer blooberryberry dan cLoVer_miza adalah ahli-ahli professional dalam Grand Theft Auto V! Errr, ye ke nih? Entah macamana diorang boleh dapat lesen helikopter nih!? LOL

So, diorang cuba sekali lagi! Nampaknya helikopter itu ada simpan dendam yang membara terhadap diorang nih, teeheheheee!

Super Jump dari ZoziVora Yang Gagal Tapi Awesome!

Bila nak lompat dari bangunan tinggi dalam Assassin’s Creed Syndicate, tengok dulu tau! ZoziVora mengaku dia hampir mendapat serangan jantung, tapi masih bernasib baik. Lepak dulu dalam haystack kasi reda degupan jantung!

Apabila Chipmunk Memburu Zombies!

Bro dontWoryimNoob menjelaskan yang dia takut main game Dying Light di tengah malam. So dia main cepat-cepat waktu siang! Videonya bagai seorang ‘chipmunk’ berlawan dengan puak zombie ni gile kelakar!

The Last of Us Montage dari Nurman96

Akhirnya, marilah kita tonton satu video montaj handal dan rancak Nurman96 mengatasi pihak lawan dalam multiplayer The Last of Us Remastered. Stylo lah headshots all the way!

Itu aje video untuk episod kali ini, jangan risau kalau video korang takde minggu ini, akan kami compilekan dalam episod minggu depan! Sementara tuh, teruskan menghantar video korang geng!


Pernah tak bila korang main game, terjadi pulak aksi gameplay hebat, gelagat lucu, glitch pelik, atau macam-macam lagi yang begitu luar biasa sehingga membuat korang terasa “Nak rakam!”

Di sinilah JomGaming boleh memamparkan video-video gaming korang dalam siri JomRakam dan tunjukkan ke satu Malaysia! Jika korang ada video nak hantar, tak kira apa-apa game pun, hantar je kat [email protected]. Ingat, segan-segan nanti rugi tau!

Sila semak sebelum hantar ya! Syarat-syaratnya sangat senang:
– Video korang telah diupload ke Youtube.com
– Penerangan pendek berkenaan video tersebut
– IGN/PSNID/Gamertag korang untuk digunakan dalam artikel
– Video itu adalah video korang sendiri. Jangan hantar video orang lain pulak!*

*Kalau korang tolong hantarkan link video bagi pihak lain, sila sertakan juga nama dan emel pihak tersebut. Takkan pulak curi peminat-peminat dia ya! Hehehee!

Lebih info mengenai siri JomRakam!

Comments

comments