Dari PES vs FIFA yang tak berkesudahan, ke update terbaru CTE Battlefield 4, hinggalah ke loadout MGS V yang terbaik –  semuanya hanya di JomGaming.TV!

Jom tengok jom!


 

1. Muka Siapa Yang Paling Lawa?

PES vs FIFA! Satu rivalry yang sangat panas sejak berzaman-zaman. Kali nih, kita tengok pulak perbandingan muka , selepas kedua-dua series nih dah keluarkan demo masing-masing bagi edisi tahun 2016. Jadi, mana satu yang lebih mengancam? FIGHT!

 

2. Ultimate Gameplay Challenge!

Masih lagi berkisar tentang rivalry agung nih! Sebagai peminat game bola sepak, pastinya korang dah cuba kedua-duanya. Tapi, kalau korang belum cuba, nih kitaorang ada sediakan video gameplay PES 2016 & FIFA 16 back-to-back untuk merasai secara ultimate-nya, apakah perbezaan kedua-dua game nih!

 

3. Celebration Yang Baru!

FIFA series sememangnya terkenal dengan celebration goal yang realistik. Semestinya, FIFA 16 nanti bakal menampilkan celebration-celebration yang lebih banyak dan ohsem! Dengan tarikh release full game nih yang tinggal beberapa hari saja, EA Sports telah mengeluarkan video tutorial yang mengajarkan cara-cara meraikan jaringan yang terbaru! Baik korang belajar, so nanti boleh tunjukkan kepada rakan-rakan untuk menambahkan api kemarahan mereka setelah korang menjaringkan gol! Huhuhu…

 

4. Banyak Update Baru nih!

Dengar cerita, dalam Community Test Environment (CTE), DICE ada ubah sikit dengan smoke grenade nih. Dan, di Community Map Project (CMP) pulak, ada update jugak tentang game mode Rush. Jom kita dengar apa kata LevelCap mengenai update-update terbaru nih!

 

5. Tambah perencah, secukup rasa!

Korang punya demam MGS V dah habis ke belum? Kalau korang masih demam tuh, eloklah kitaorang tambahkan lagi perencah dan perasa kepada demam korang dengan loadout-loadout yang ohsem nih!


Jadi, itu saja video-video menarik untuk kali ini. Nantikan kompilasi video cantik tertarik menarik dari kitorang! Korang juga boleh tengok video-video ni di frontpage JomGaming.my –  hanya scroll ke bawah untuk access playlist Youtube kitorang!

Jumpa lagi!

Comments

comments