Dari aktiviti berbasikal di GTA V, killstreak habis hebat di Destiny, video terbaru dari Battlefield Friends – hingga ke perbandingan graphic game MGS V & Mad Max! Semuanya hanya di JomGaming.TV!

Jom kita layan satu persatu!

1. Cinematic trailer yang sangat memukau! Itu saja yang kitaorang mampu katakan bila tonton video ini yang seolah-olah menunjukkan anak-anak muda dengan aktiviti masa lapang mereka. Video yang sangat cool & calm.

 

2. Masih lagi tak dapat tidur nyenyak di malam hari kerana asyik memikirkan Metal Gear Solid V: Phantom Pain? Mari kitaorang kacau lagi jiwa korang dengan perbandingan graphic antara 5 platform ini – PC, PS4, Xbox One, PS3 & Xbox 360. Siapa punya console paling ohsem sekarang?

 

3. Masih lagi dengan perbandingan graphic – kali ini game Mad Max pula! Perbandingan antara 3 platform, iaitu PC, PS4 & Xbox One. PC dengan PS4 macam takde beze je…ngeheheheh

 

4. Kalau korang rasa killstreak korang dalam Destiny dah habis hebat, cuba tengok Guardian xXReaperOfDeathx ni punya killstreak. Kitorang tak pasti apa jadi, tapi serius, kitorang jeles dengan medals dia dapat especially Seventh Column tuh!

 

5. Jika korang biasa melayan video-video lawak Battlefield, pastinya korang kenal dengan Battlefield Friends atau dengan nama manjanya, BFF. Kali ini diorang keluarkan satu situasi dalam Battlefield Hardline yang semestinya korang pernah alami. Saksikan! Memang lawak!

 

Jadi, itu saja video-video menarik untuk kali ini. Nantikan kompilasi video cantik tertarik menarik dari kitorang! Korang juga boleh tengok video-video ni di frontpage JomGaming.my –  hanya scroll ke bawah untuk access playlist Youtube kitorang!

Jumpa lagi!

Comments

comments