Dari video-video menarik berkisar FIFA 16 ke simbol misteri (konspirasi illuminati?) di Battlefield Hardline, lompat pula ke montage Battlefield yang ohsem – semuanya hanya di JomGaming.TV!

Jom layaann…


1. Aksi Bola Sepak Para Gadis!

Seperti yang kita semua sedia maklum, FIFA 16 nanti bakal menampilkan pasukan-pasukan wanita dari beberapa buah negara. Dan FIFA 16 Demo sudah dikeluarkan semalam untuk kita semua cuba. So, korang dah try belum demo nih? Apa?! Malas?! Kalau malas, nih kitaorang sediakan gameplay aksi bola sepak para gadis!

 

2. Simbol Misteri Yang Belum Diselesaikan!

Jika korang peminat tegar Battlefield series, pastinya korang tahu yang DICE nih memang suka buat easter egg dalam game-game diorang. Terbaru, komuniti Battlefield masih lagi mencari klu-klu yang boleh membawa kepada penyelesaian simbol misteri dalam Battlefield Hardline nih. Jadi, apa korang rasa yang DICE cuba bagutahu melalui simbol misteri nih?

 

3. Chopper, Jet, Semua Habis Kena Sapu!

Terra Uncut merupakan channel montage yang bagi kitaorang antara yang terbaik ada di Youtube. Kali nih, diorang publish satu montage khas untuk Main Battle Tank saja. Dari foot soldiers, chopper dan jet semuanya kena sapu habis!

 

4. Preview Game Akan Datang!

Terlalu banyak game yang dikeluarkan dalam musim luruh nanti yang pastinya buatkan korang, kitaorang, diorang dan semua orang tak sabar nak cuba! Jadi, jom kita tonton perbincangan preview diorang nih mengenai game manakah yang diorang rasa akan meletop! Adakah Fallout 4? Assassin’s Creed: Syndicate? Black Ops 3? Halo 5? Atau Star Wars Battlefront? Sama-sama kita nantikan!

 

5. Skill & Trick Terbaru!

Masih berkisar tentang FIFA 16. Kepada korang yang dah download Demo FIFA 16, bolehlah korang cuba skill dan trick terbaru nih! Baik korang practice sekarang! Nanti bila full game dah release, bolehlah korang tunjukkan skill nih dekat kawan korang dengan penuh liar dan angkuh!


 

Jadi, itu saja video-video menarik untuk kali ini. Nantikan kompilasi video cantik tertarik menarik dari kitorang! Korang juga boleh tengok video-video ni di frontpage JomGaming.my –  hanya scroll ke bawah untuk access playlist Youtube kitorang!

Jumpa lagi!

Comments

comments