Kali ini, kami bawakan anda unboxing untuk Dishonored 2 Premium Collector’s Edition! Jom baca tengok apa yang menarik!

Dari saat saya nampak cincin signet Emily Kaldwin boleh dibeli, nafsu saya memang tak boleh ditahan lagi. Jadi, apa tunggu lagi, ambil kesemuanya dalam satu set; game versi PS4, topeng Corvo dan cincin meterai Empress of the Isles. Jom unbox Dishonored 2 Premium Collector’s Edition!

Game hasil rekaan Arkane Studio ini telah diumumkan sejak acara E3 2015 dan dipersembahkan di E3 2016 oleh syarikat penerbit Bethesda. Dishonored 2 adalah satu game yang agak unik. Ini kerana korang boleh pilih untuk bermain keseluruhan kempen single-player sebagai salah seorang dari dua protagonis; Corvo Attano, hero dari game pertama atau Emily Kaldwin, anak Corvo yang sudah matang dan mempunyai set kuasa ajaib sendiri.

Dengan adanya dua hero Dishonored 2, set edisi collector telah menyediakan beberapa barangan menarik yang amat berkait dengan mereka. Ini adalah barangan yang terdapat dalam kotak:

  • Poster propaganda penuh
  • Game penuh dan steelcase edisi terhad
  • Topeng Corvo Attano dengan stand, 13.5 inci (H) x 6 inci (W) x 5.5 inci (D).
  • Replika cincin meterai Emily Kaldwin dengan kotak cincin
  • Kod untuk download add-on Digital Imperial Assassin’s Pack. Kod ini menyediakan beberapa barangan in-game untuk kemudahan progress game, seperti bonecharms eksklusif Duelist’s Luck dan Void Favor.
  • Kod untuk download game Dishonored Definitive Edition. Game inilah yang memperkenalkan protagonis Corvo dan usaha beliau untuk membalas dendam atas pembunuhan Empress Jessamine. Edisi ini juga termasuk kesemua add-on DLC game pertama; Dunwall City Trials, The Knife of Dunwall dan The Brigmore Witches.

Kotak Premium Collector’s Edition

Bahagian depan. Topeng ikonik dari game pertama.
Bahagian depan. Topeng ikonik dari game pertama.
Bahagian belakang. Banyak butir-butir terperinci.
Bahagian belakang. Banyak butiran terperinci.
Bahagian tepi kanan dan kiri kotak menunjukkan gambar ayah dan anak yang akan diburu oleh kuasa kejam!
Bahagian tepi kanan dan kiri kotak menunjukkan gambar ayah dan anak yang akan diburu oleh kuasa kejam!

Semasa saya membuat unboxing barulah perasan bahawa kulit kotak dengan logo PS4 ini melindungi kotak sebenar Dishonored 2 Premium Collector’s Edition!

Bahagian dalam kulit cover. Gambar portrait watak utama serta logo Outsider dicetak atas kotak.
Bahagian di sebalik kulit cover. Gambar portrait watak utama serta logo Outsider dicetak atas kotak.

Poster Propaganda Penuh

Poster ini akan banyak dijumpa bila merantau bandaraya Karnaca.
Poster ini akan banyak dijumpai apabila merantau di bandaraya Karnaca.

Poster kertas berwarna ini telah dicetak di depan dan belakang dengan gambar dua watak yang penting di siri Dishonored. Seorang daripadanya adalah permaisuri agung yang ditimpa kecelakaan di game pertama, Jessamine Kaldwin, ibu pada Emily. Yang kedua adalah watak yang diperkenalkan di DLC game pertama, Delilah. Dia menjadi antagonis utama di Dishonored 2 dan nampaknya dia memang berhasrat untuk mengekalkan tempatnya sebagai Empress.

Game dan Steelcase Edisi Terhad

Kes CD bahagian luar amat menunjukkan perbezaan kedua-dua protagonis.
Steelcase bahagian luar amat menunjukkan perbezaan kedua-dua protagonis.
Kes CD bahagian dalam; satu salinan fizikal dan beberapa yang item agak menarik!
Bahagian dalam Steelcase; satu salinan fizikal dan beberapa item yang agak menarik!

Kes cover plastik tebal ini mengandungi satu disk game Dishonored 2 dan dua kertas yang mengandungi kod-kod istimewa; kod add-on Digital Imperial Assassin’s Pack dan kod game digital Dishonored Definitive Edition!

Teruskan membaca untuk bagaimana korang boleh mendapatkan giveaway ini!
Ikuti Facebook JomGaming untuk cara-cara bagaimana korang boleh mendapatkan kod ini!

Topeng Ikonik Dishonored

Apabila sekali lagi ditimpa malapetaka, tiada pilihan lain bagi Corvo selain memakai topeng mekanikal dan cuba menyelamatkan keluarga serta dunia.

"Marilah buat kali terakhir, kawan lama."
“Marilah buat kali terakhir, kawan lama.”
Agak kagum dengan butiran halus seperti alur garisan metalik di muka topeng.
Agak kagum dengan butiran halus seperti alur garisan metalik di muka topeng.
Setiap sudut bahagian topeng menunjukkan perasaan steampunk dalam reka bentuknya.
Setiap sudut bahagian topeng menunjukkan pengaruh steampunk dalam reka bentuknya.

Korang mesti tertanya, “Boleh tak pakai?” Ya, memang boleh dan saya sudah mencubanya. Malangnya, keseluruhan topeng ini diperbuat daripada plastik keras, jadi memang tidak sesuai atau selesa untuk dijadikan sebagai bahan cosplay! Kesian!

Cincin Meterai Permaisuri Agong

Akhir sekali adalah replika cincin Emily Kaldwin! Berbeza dari topeng Corvo, cincin ini diperbuat dari aloi zink dan boleh dipakai di tangan sendiri!

Kotak cincin yang bercap dengan nama game.
Kotak cincin yang tertulis dengan nama game.
Replika cincin Emily dimuatkan di dalam kotak disalut baldu.
Replika cincin Emily dimuatkan di dalam kotak disalut baldu.
Chun giler boleh dapat pakai cincin Empress Emily macam kat video trailer!
Cun gila dapat pakai cincin Empress Emily macam dalam video trailer!

Paparan Penuh Collector’s Edition

Inilah susunan lengkap khas untuk Dishonored 2!
Inilah susunan lengkap khas untuk Dishonored 2!

Secara keseluruhannya, set Dishonored 2 Premium Collector’s Edition yang dihasilkan oleh syarikat Bethesda Softworks seharusnya dimiliki oleh peminat siri Dishonored. Topeng Corvo yang seolah-olah dipenuhi dengan garisan calar dan seni lukisan yang dicetak di luar dan dalam steelcase – setiap satu memang dibina dengan banyak perhatian dan terperinci.

Comments

comments