Tak dapat merasa bermain Dragonball FighterZ (DBFZ) masa di PSX SEA 2017? Tak dapat kod beta untuk sesi minggu ini? Meh lah ke Hitbox Gaming 16 September ini dan merasakan dengan percuma!

Dengan kerjasama Looking Glass Studio dan Infinite Carnage dengan sokongan Bandai Namco Entertainment Asia (BNE), sesi demo ini akan dibuka pda pukul 6 petang hingga 8 malam. Hanya untuk 30 orang pertama yang berdaftar sahaja dapat merasa kerana waktu pembukaannya sangatlah singkat.

Setiap orang boleh mencuba sekali, dan siapa menang dapat duduk melawan orang seterusnya maksima 2 kali.

Untuk daftar korang boleh klik di sini. Kalau nak tahu lebih tentang event ini boleh melawat event page di sini.

Gathering MTS di Hitbox Gaming.

Sambil menunggu, korang juga boleh lepak bersama geng-geng Malaysian Tekken Society (MTS) dan Guilty Gears Malaysia (GGMY) bermain Tekken 7, Street Fighter V dan Guilty Gears untuk menghilangkan kebosanan dan juga berkenalan dengan komuniti Fighting Game. Ambillah peluang ini memperbaiki dan belajar move-move dari pemain pro untuk fighting game korang yang akan ada pada hari tersebut!

Infinite Carnage juga akan mengadakan live streaming dan casting bersama InC|RedBeanJean dan GGMY|DR.Fierce di Facebook Infinite Carnage.

Comments

comments