Pemain-pemain handalan Tekken 7 yang berada di sekitar Borneo, jom sertai pertandingan Borneo E-Arena di Kota Belud, Sabah! Slot adalah terhad!

Pada 3 September ini, sebuah pertandingan Tekken 7, dianjurkan Gamesbond, yang menjanjikan hadiah lumayan akan diadakan di Sabah. 32 slot sahaja akan dibuka untuk seluruh rakyat Malaysia, jadi jangan tunggu lama-lama!

Berikut adalah butiran yang perlu korang tahu tentang pertandingan ini:

  • Tarikh: 3 September 2017
  • Masa: 9 pagi hingga 6 petang
  • Venue: Dewan Masyarakat Tun Said Bin Keruak, Kota Belud, Sabah
  • Game: Tekken 7
  • Platform: PlayStation 4
  • Slot: 32 pemain
  • Yuran: RM5
  • Hadiah kemenangan:
    -Juara – RM1,000
    -Naib Juara – RM500
    -Tempat Ketiga – RM300

Usah lengahkan masa, korang boleh terus lakukan pendaftaran di sini.

Pada tarikh dan venue yang sama, Borneo E-Arena Qualifier 2 (FIFA 17) juga akan berlangsung. FIFA 17 Borneo E-Arena Qualifier 1 telahpun berlangsung dengan jayanya di Serdang, Selangor.

JomBaca: Borneo E-Arena: Acara Esport Sabah Tampilkan 5 Game, 11 Negara SEA dan Wang Kemenangan Lebih RM100,000!

Comments

comments