Salah satu dari konvensyen cosplay, komik dan gaming akan kembali lagi tahun ini di AniManGaki 2017 (AMG)! Jom tengok apa yang best!

Kali ini AniManGaki tampil lagi besar dan gempak! Selain aktiviti-aktiviti anime, manga, cosplay, konsert anisong, korang boleh bermain game bersama Abam Apam dan juga bertanding bermain game di booth Infinite Carnage (InC)!

AMG kali ini akan kembali dengan tema “Magic dan Element” pada 19 dan 20 Ogos 2017 di Sunway Pyramid Convention Centre. Terdapat pelbagai aktiviti dan yang akan diadakan merangkumi dari anime, komik, doujin, persembahan-persembahan yang unik, cosplay dan juga gaming! Terdapat lebih dari 50 booth didirikan dan pelbagai aktiviti mini booth di booth InC sendiri!

Cosplay, Nyanyian Dan Hiburan!

Antara highlight terbesar pada AMG kali ini adalah Cosplay competition, AniManGaki Idol, persembahan dari special guest ‘Joelle’ penyanyi franchise Final Fantasy dan AniManGaki Allstar Arena. 

Jom dengar sikit suara Joelle dalam lagu OST FF13-2 ini!

Siapa yang tak kenal dengan artis komik tempatan kita, Abam Apam? Teringin bermain game bersama Abam Apam? Ha! Lawati mini-booth JomGaming di dalam booth InC (berdekatan dengan Allstar Arena) untuk memenangi loots Abam Apam! Korang kena lawan Abam Apam sendiri dan kalahkan beliau untuk membawa pulang merchandise Abam Apam. Challenge ini akan berada untuk kedua-dua hari pada 3 sesi – 10am, 2pm, dan 5pm.

Booth InC sahaja mempunyai pelbagai aktiviti tersendiri antaranya booth Racing Simulator oleh Inzane Racing, VR Summer Lessons dari Hitbox Gaming, Final Fantasy Trading Card Game dari Impulse Gaming, Treasure Hunt dari Western Digital dan dapatkan peluang untuk menangi kerusi gaming Warlord! Paling gempak dan terbesar adalah pertandingan amatur permainan video game Allstar Arena di mana Tekken 7, GGR2 dan UMvC3 akan ditandingkan. Pemenang champion Tekken 7 akan memenangi tiket trip ke Tekken World Tour peringkat akhir benua Asia Tenggara di SEA Major 2017 Singapura yang disponsor oleh Bandai Namco Entertainment.

Nak tahu lebih mendalam? Download PDF booklet dari website AMG untuk susun jadual aktiviti korang! Booklet tersebut bagaikan guidebook untuk korang lebih mengenali persembahan, aktiviti dan sponsor sponsor yang berada di AMG 2017!

Jadual persembahan AMG 2017

Tiket kemasukan masih boleh di dapati! Untuk mereka yang ingin masuk pada kedua-dua hari, korang boleh membeli tiket “Early Bird” pada RM40 yang juga memberi korang early-access untuk memasuki awal dahulu daripada mereka yang membeli tiket on the spot. Kepada yang nak datang tengok sehari je tiket kemasukan adalah RM25. Lebih info untuk tiket kemasukan boleh tengok di sini. 

Penulis, Akirien bersama cosplayer di AMG-chan 2017 yang lepas

Ha, jangan segan nak dress up dan datang ke AMG! Jangan lupa bergaya dengan tema Magik & Element. Adakah korang element api, air atau tanah? Terlalu banyak aktiviti dan semestinya tak puas untuk pergi sehari sahaja. Jumpa korang kat sana!

Comments

comments