Tak dapat ke Arena of Stars di Genting? Jangan risau, Media Prima bikin event Viewing Party ESL One Genting! Ada Mini DotA 2 tournament dan macam-macam lagi!

ESL One Genting akan dianjurkan pada 6 hingga 8 Januari ini di Arena of Stars, Genting Highlands. Setelah diumumkan sebagai penyiar rasmi untuk acara ini, Media Prima akan turut bekerjasama dengan ESL dalam menganjurkan Viewing Party ESL One Genting.

Sementara menantikan Grand Finals ESL One Genting pada pukul 6 petang di NTV7 dan Tonton, anda dan rakan-rakan boleh tunjukkan bakat DotA 2 dalam pertandingan mini ini yang diadakan di sana nanti! Pertandingan ini adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang menghadirkan diri pada hari tersebut. Senang kata, siapa cepat dia dapat!

Lebih menarik, selepas tamat pertandingan mini ini, siaran secara langsung akan diadakan besar-besaran di sini juga. Saksikan Grand Finals ESL One Genting bersama dengan peminat tegar DotA 2 yang lain – lebih ramai lebih meriah!

Berikut adalah butiran yang perlu anda tahu tentang pertandingan ini:

Nama: Viewing Party ESL One Genting
Lokasi: Boulevard Driveway Berjaya Times Square Mall
Tarikh dan masa: Ahad, 8 Januari 2017, 10 pagi hingga 12 tengah malam

Berikut pula adalah jadual serta aktiviti yang telah dirancang sepanjang hari tersebut:

10.00 AM : Pendaftaran terbuka untuk Mini DOTA Tournament
10.30 AM : Pre Hype oleh Pengerusi Majlis
12.00 PM : Mini Dota Tournament bermula
1.00 PM : Rehat makan tengah hari
2.15 PM : Mini Dota Tournament bersambung
4.30 PM : Perlawanan akhir Mini Dota Tournament
5.30 PM : Majlis penyampaian hadiah/bergambar berkumpulan
5.45 PM : Kata-kata pembukaan oleh Pengerusi Majlis – Hafiz & Farouk
6.00 PM : Siaran langsung Grand Finals ESL One Genting bermula
11.30 PM : Siaran langsung berakhir
12.00 AM : Acara berakhir

Apa anda tunggu lagi? Ajak semua geng-geng DotA 2 anda ke pertandingan mini ini seterusnya menyaksikan siaran langsung Grand Finals ESL One Genting bersama-sama!

Comments

comments