Bina taman tema penuh dengan haiwan prasejarah dalam Jurassic World Evolution yang baru sahaja diumumkan semasa persidangan Microsoft di Gamescom 2017.

Jurassic World Evolution dibangunkan oleh Frontier Developments yang terkenal dengan Elite Dangerous iaitu merupakan game simulasi pengurusan di angkasa lepas.

Berdasarkan filem Jurassic World ditayangkan pada 2015 dibintangi oleh Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard, pemain berpeluang untuk membina dan mengurus taman tema Jurassic World tersendiri.

Pemain menyelenggara taman tema dengan membiak dan bereksperimen dengan pelbagai spesies dinosaur baru serta membina tarikan, tempat kurungan dan kemudahan-kemudahan lain.

Acah-acah dinosaur whisperer macam Chris Pratt

“Setiap pilihan yang anda tempuhi dalam pengurusan taman tema Jurassic World akan membawa pemain ke jalan yang berbeza dan cabaran hebat akan menanti anda,” kata CCO Frontier, Jonny Watts.

Watts berkata, “Dengan pengalaman sebanyak 15 tahun membangunkan game simulasi pengurusan dan juga peminat besar siri Jurassic, kami tak sabar untuk memberikan peluang kepada pemain untuk mengendalikan Jurassic World mereka sendiri.”

Anda juga akan kelola teman tema Jurassic World di pulau Isla Nublar dan pulau-pulau lain dalam kepulauan Muertes.

Jurassic World Evolution akan dikeluarkan pada tahun 2018 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.