Terbaik dari yang terbaik aje terpilih untuk join iCON ni!

Semalam JomGaming sempat minum petang bersama skuad Mobile Legends terbaru ini. Mereka baru ditubuhkan dan belum lagi menyertai mana-mana pertandingan sebagai iCON, namun mereka dianggotai anak-anak muda berbakat besar dalam Mobile Legends! Paling muda adalah pemain berumur 15 tahun! Fuh, muda-muda dah bergelar pemain profesional!

Apakah tujuan team iCON ini? Menurut Andy ‘MrCocan’ Sugiyanto, streamer, caster Mobile Legends tersohor yang juga pengurus pasukan iCON berkata, “iCON terdiri daripada player-player ranking tinggi di dalam National Arena Contest.”

“Mereka terpilih menyertai iCON dan akan dipupuk untuk menjadi pasukan Mobile Legends yang mampu mewakili negara ke pertandingan peringkat antarabangsa nanti. iCON diharap akan mencetus persaingan hebat dalam arena Mobile Legends profesional tempatan.”

Melihatkan profail-profail masing-masing, memang cukup mengagumkan! Jom kita berkenalan dengan 7 ahli-ahli iCON ini.

Nama: Muhammad Hilman Aufa Bin Zulfahrizal
IGN: ComeToPapa
Umur: 24
Asal: Kajang, Selangor
Kerjaya: Professional gamer
Kejayaan In Game: Top Global Lancelot, Kagura, Moskov, Roger & Irithel, Tempat ke-5&6 MPL
Team Dahulu: Team Eksdi / XD

Nama: Mohamad Amir Afdhal Bin Ruzlan
IGN: Syno
Umur: 21
Asal: Puchong, Selangor
Kerjaya: Streamer/ YouTuber
Kejayaan in game: Top Global Chou & Martis.
Team dahulu: Saints MY

Nama: Edmond Yue
IGN: Error
Umur: 24
Asal: KL
Kerjaya: Chef
Kejayaan In Game: Top Global Franco, Akai, Hylos, Jawhead, Johnson
Team dahulu: Saints MY

Nama: Muhammad Farid bin Abdullah
IGN: Bob
Umur: 15
Asal: Sg. Buloh, Selangor
Kerjaya: Pelajar
Kejayaan In Game: Top Global Fanny
Team dahulu: Team Eksdi / XD

Nama: Muhammad Ilham Idraki Bin Esa
IGN: Zhen
Umur: 16
Asal: Klang,Selangor
Kerjaya: Pelajar
Kejayaan In Game: Top Global Fanny
Team dahulu: Team Eksdi / XD

Nama: Dzulhakkim Bin Abd Rasid
IGN: Unta
Umur: 30
Asal: Kota Tinggi, Johor
Kerjaya: Bekerja sendiri
Kejayaan In Game: Top Global Natalia, Lapu-Lapu & Kagura
Team dahulu: Team Eksdi / XD

Nama: Muhammad Faiz Hanifah
IGN: King
Umur: 21
Asal: Puchong, Selangor
Kerjaya: –
Kejayaan In Game: Top Global Kagura & Hilda
Team dahulu: MyA

Bersembang dengan diorang ni, jelas terpancar keseronokan menjadi pemain Mobile Legends profesional. Mereka baru sahaja menerima tajaan training house dan akan memulakan latihan bersama-sama bagi menghadapi pertandingan di masa hadapan. Menurut MrCocan, mereka juga sedang menerima tawaran tajaan dan suntikan dana daripada pihak-pihak yang yakin akan potensi iCON. Kepada penaja-penaja di luar sana tu – MrCocan selaku pengurus iCON boleh dihubungi di Facebook iCON.

Macam mana nak join team iCON ni? MrCocan berkata, mereka tidak akan membuat team-team yang banyak seperti team-team Mobile Legends yang lain. Sebaliknya mereka akan memupuk ahli-ahli simpanan yang akan dipilih oleh ComeToPapa selaku Kapten iCON. Slot-slot pertandingan akan diisi dengan ahli-ahli utama dan ahli-ahli simpanan mengikut kesesuaian dan kesempatan jadual masing-masing.

iCON menampilkan dua remaja yang masih bersekolah! Zhen apabila ditanya tentang penerimaan ibu bapa berkata, “Ibubapa menyokong penglibatan Zhen dalam esports Mobile Legends ini, tetapi harus diseimbangkan dengan kerja sekolah dan kerja rumah.”

Zhen turut menasihati rakan-rakan sebaya yang ingin menceburkan diri ke arena esports Mobile Legends untuk tidak mengabaikan pelajaran. Katanya, “Walaupun esports ini merupakan suatu kerjaya, pelajaran tetap harus diutamakan demi peluang kerjaya di masa hadapan nanti.”

Syno pula berkata, “Jika ingin bermain Mobile Legends, pastikan bermain dengan objektif yang ingin dicapai. Contohnya jika ingin mencapai tahap pemain profesional, maka fokus permainan haruslah untuk menuju ke peringkat itu.”

Setakat ini, iCON sedang sibuk bersedia untuk menyertai pertandingan UNLEASHED Mobile Legends yang akan berlangsung pada bulan Jun nanti.

JomGaming tak sabar untuk melihat prestasi iCON di masa hadapan. Semoga iCON terus menyerlah di arena Mobile Legends Malaysia nanti.

Comments

comments