Bintang Red Dead Redemption kembali dalam game prekuelnya!

Selepas mengeluarkan trailer kedua kira-kira enam bulan lalu, Rockstar akhirnya mengeluarkan trailer ketiga untuk Red Dead Redemption 2. Seperti juga trailer sebelum ini, trailer kali ini masih lagi hanya memaparkan kisah dan naratif game ini berbanding menunjukkan gameplay-nya.

Tak perlu cerita panjang, korang saksikanlah trailer ini yang turut menampilkan protagnis dari game pertama, John Marston:

Red Dead Redemption pertama menggunakan latar belakang tahun 1911, manakala Red Dead Redemption 2, iaitu prekuelnya, akan berlaku pada tahun 1899. Di bawah adalah penerangan yang dikeluarkan oleh Rockstar tentang game terbaru mereka ini, walaupun ia tidak mendedahkan banyak tentang apakah jalan cerita yang bakal disajikan:

America, 1899. The end of the wild west era has begun as lawmen hunt down the last remaining outlaw gangs. Those
who will not surrender or succumb are killed.

After a robbery goes badly wrong in the western town of Blackwater, Arthur Morgan and the Van der Linde gang are forced to flee. With federal agents and the best bounty hunters in the nation massing on their heels, the gang must rob, steal and fight their way across the rugged heartland of America in order to survive. As deepening internal divisions threaten to tear the gang apart, Arthur must make a choice between his own ideals and loyalty to the gang who raised
him.

Di samping itu, Rockstar juga telah mendedahkan box art untuk game ini. Ia sememangnya nampak menyerlah dan garang!

Red Dead Redemption 2 akan dilancarkan pada 26 Oktober ini di PS4 dan Xbox One.

Comments

comments