Game menggabungkan zombie dan parkour ini kembali dengan penceritaan lebih fleksibel.

“Setiap keputusan yang dibuat di dalam Dying Light 2 akan mempengaruhi bagaimana korang bermain game ini nanti,” kata Chris Avellone, penulis narratif di Techland yang pernah menulis┬áStar Wars: Knights of the Old Republic 2 dan Fallout 2.

Di dalam trailer demo di atas, korang boleh tengok bagaimana misi mendapatkan air untuk banda pasca apokalips zombie korang boleh berubah dengan pilihan yang berbeza.

Kalau korang rebel lebih, korang terpaksa menggunakan skill parkour korang untuk menjalankan tugas, kerana korang mula menjadi sasaran pasukan Peace Keepers non-playable character yang menjadi pengawal bandar korang.

Dying Light 2 akan hadir ke platform Xbox One, PC dan PS4. Tiada tarikh pelancaran diumumkan setakat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.