Mengurangkan kembali bilangan ahli pasukan Fnatic.

Rizky ‘InYourDream‘ Anugrah secara rasminya telah meninggalkan pasukan Fnatic selepas beraksi di ESL One Genting baru-baru ini, diumumkan melalui laman rasmi Fnatic. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, InYourDream kini harus pulang ke Indonesia dan tidak lagi dapat meneruskan latihan bersama Fnatic.

Disamping Rizky ‘InYourDream’ Anugrah, Ng ‘YamateH‘ Wei Poong juga telah meninggalkan Fnatic. Dengan ketiadaan ahli yang cukup ini, Fnatic telah gagal mendaftarkan diri untuk pertandingan Kiev Major yang bakal berlangsung April nanti.

Berikut adalah roster terkini bagi Fnatic:

  • Chai ‘Mushi‘ Yee Fung
  • Chong Xin ‘Ohaiyo‘ Khoo
  • Kim ‘Febby‘ Yong-Min

Comments

comments