Injustice 2: Trailer Penuh Aksi Paparkan Hero-Hero Baru Dan Edisi-Edisi Game Yang Bakal Diterbitkan!

Warner Bros. dan NetherRealm Studios telah menerbitkan trailer story mode  terbaru bagi Injustice 2, dan comic geek seperti kitorang menjerit penuh kegembiraan!

Video trailer ini memaparkan story mode universe Injustice 2 yang bersambung daripada Injustice: Gods Among Us – di mana Batman dan sekutu-sekutunya bergabung untuk membangunkan semuala dunia, sambil menentang musuh-musuh yang ingin mengembalikan pemerintahan Superman yang menggila!

Brainiac

Kali ini muncul pula ancaman terbaru yang akan menambah kepada kemusnahan dan drama penceritaan Injustice 2. Trailer ini mengesahkan bahawa ancaman tersebut nanti adalah Brainiac.

Bagi penggemar Superman, pasti mengenali seteru Superman ini yang cukup terkenal menggunakan kebijaksanaan dan ciptaanya dalam membuat onar! Malahan, beliau jugalah yang telah mengecilkan bandar Kandor of Krypton untuk dimuatkan ke dalam botol kaca untuk kajian. Genius tapi gila. Tak sabar menantkan alkisah Brainiac di dalam Injustice 2 nanti.

Darkseid

Tambahan lagi, di penghujung trailer tersebut beberapa info turut didedahkan. Darkseid bakal muncul sebagai playable DLC character yang hanya boleh didapatkan apabila korang pre-order game ini. Darkseid terkenal di komik sebagai pemerintah planet Apokolips dan seteru utama Superman – beliau ingin menakluk seluruh semesta dan menjadikan semua hidupan sebagai hamba abdinya.

Beberapa edisi juga telah diumumkan; Standard Edition (USD60 / ~RM267), Digital Deluxe Edition (USD80 / ~RM356) dan Ultimate Edition (USD100 / ~RM444).

Standard Edition hanya didatangkan dengan game sahaja. Digital Deluxe Edition akan memberikan korang 3 DLC characters, 1 shader pack Defender dan 1 premier skin yang boleh korang gunakan untuk menukar Supergirl menjadi Power Girl – termasuk suara dan dialog baru!

Ultimate Edition pula akan memberikan korang 9 DLC characters, 2 shader pack; Defender dan Destroyer, dan 3 premier skins bagi Supergirl, Flash dan Green Lantern!

Siapakah DLC characters tersebut masih belum diumumkan. Akan kami laporkan bila tiba pengumuman lain nanti.

Injustice 2 akan dilancarkan pada 16 Mei bagi plaform PlayStation 4 dan Xbox One.

Comments

comments