Dup dap dup dap… Lagi beberapa hari saja sebelum sesi open beta!

Hujung minggu ini, sesi open beta untuk Dragon Ball FighterZ akan berlangsung. Terbaru, Bandai Namco telah mendedahkan 11 karakter yang bakal boleh kita mainkan sepanjang sesi ini nanti.

7 karakter yang pernah ditampilkan ke dalam closed beta sebelum ini akan dibawakan semula ke dalam open beta ini – serta ditambahkan lagi dengan 4 karakter baru, iaitu Gohan (Adult), Kid Buu, Nappa dan Beerus. Di bawah ialah senarai penuh 11 karakter tersebut:

  • Goku
  • Vegeta
  • Frieza
  • Cell
  • Krillin
  • Piccolo
  • Android 18
  • Gohan (Adult)
  • Kid Buu
  • Nappa
  • Beerus

Nak dapatkan waktu tepat bilakah sesi open beta untuk Dragon Ball FighterZ akan bermula pada hujung minggu ini mengikut waktu Malaysia? Korang boleh bacanya di sini.

Dragon Ball FighterZ akan dilancarkan sepenuhnya di PC, PS4 dan Xbox One pada 26 Januari 2018.

JomBaca: Mampukah PC Korang Jadi Super Saiyan? Ini Adalah Keperluan Spesifikasi Untuk Dragon Ball FighterZ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.