Mungkin korang terpaksa baca tajuk di atas dua kali. Ya, memang betul apa yang korang baca!

Atas sebab KFC menjadi antara penaja untuk WWE, pengasas Kentucky Fried Chicken (KFC), Colonel Sanders akan ditampilkan ke dalam game terbaru WWE 2K18 sebagai karakter yang boleh dimainkan.

Pemain boleh mengakses Colonel Sanders melalui mode Create-a-superstar.

Pasti selepas ini kita akan bermain game gusti ini dengan perasaan yang sangat sedap sehingga menjilat jari.

WWE 2K18 akan dilancarkan di PC, PS4, Xbox One dan Nintendo Switch pada 13 Oktober 2017.

JomBaca: WWE 2K18 Akan Dilancarkan Di Nintendo Switch, Kembali Ke Platform Nintendo Selepas 5 Tahun

Comments

comments