Misi mencari pemain FIFA 18 Asia Tenggara terbaik!

eGG Network dan Fox Sports Asia mengumumkan kerjasama untuk bawakan pusingan kelayakan Asia Tenggara bagi kejohanan Virtuelle Bundesliga. Seorang pemain dicari untuk dinobatkan juara, seterusnya mewakili Asia Tenggara ke pusingan akhir yang akan diadakan di Jerman.

Pusingan kelayakan ini akan berlangsung di Battle Arena, Petaling Jaya pada 10 dan 11 Februari 2018. Korang kena mendaftar segera kerana hanya 256 slot dibuka, dan pendaftaran akan ditutup pada 31 Januari ini!

Korang boleh mendaftar di sini.

Pusingan kelayakan ini adalah terbuka kepada semua pemain dari semua negara yang berada di Asia Tenggara.

Apa yang korang perlu tahu tentang pusingan kelayakan ini adalah 8 pemain terbaik akan bertemu pula dengan 8 pemain lagi yang dijemput oleh pihak penganjur. Jumlah 16 pemain ini akan berentap pula untuk mencari seorang juara yang bakal mewakili Asia Tenggar ke Jerman.

Dan paling menarik, sudah dijangka melalui nama kejohanan ini, hanya kelab-kelab dari Bundesliga sahaja boleh digunakan, manakala semasa pusingan akhir di Jerman nanti, format FIFA Ultimate Team (FUT) pula akan digunakan.

Di bawah adalah hadiah kemenangan yang menanti untuk menjadi rebutan seluruh pemain FIFA 18 di Asia Tenggara:

Juara:
Tajaan 2 orang (bawa pasangan) ke Jerman bagi mewakili Asia Tenggara ke kejohanan Virtuelle Bundesliga dan wang tunai RM3,000.

Naib Juara:
Wang Tunai RM2,000

Tempat Ketiga/Keempat:
RM500 setiap seorang

Kalau semua ini masih belum cukup untuk menarik korang mendaftar untuk menyertai kelayakan ini, setiap peserta akan menerima barangan eksklusif Bundesliga!

Apa tunggu lagi? Daftar sekarang sebelum slot habis!

Comments

comments