Mass Effect: Andromeda akan bermula pada tahun 2185, 600 tahun selepas trilogi asal.

Keluaran terbaru BioWare ini berkisar tentang projek yang bernama Andromeda Initiative, di mana objektifnya adalah untuk menghantar rombongan yang terdiri dari pelbagai spesies ke galaksi Andromeda, dengan harapan mencari kawasan yang boleh didiami.

Ahli-ahli rombongan bakal dimasukkan ke dalam status cryostatis dan bakal disedarkan apabila kapal angkasa mereka berjaya tiba ke galaksi Andromeda.

Berikut pula video pengenalan awal bagi Andromeda Initiative.

Video di atas akan disampaikan oleh Jian Garson selaku pengasas projek Andromeda Initiative. Dapat kita lihat sedikit sneak preview melibatkan kenderaan, senjata dan bionics yang bakal diperkenalkan dalam siri terbaru Mass Effect ini.

Berikut pula antara screenshots yang telah dikongsi oleh Bioware untuk Mass Effect: Andromeda.

mass_effect_andromeda_november_screenshots_1-600x338 mass_effect_andromeda_november_screenshots_2-600x338 mass_effect_andromeda_november_screenshots_3-600x338 mass_effect_andromeda_wide_art_2-600x338

Mass Effect: Andromeda bakal diterbitkan pada hujung tahun 2017 untuk PC, PS4, dan Xbox One.

1 COMMENT

  1. aku main tiga2 game Mass Effect sebelum ni, harap2 Bioware bawa lah saved game tu ke game ni, at least apa berlaku kat Shepard ada effect sikit kat game ni. Setakat ni tak da lagi kan apa2 berita pasal saved game lepas?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.