Bandai Namco pasti akan memberikan yang terbaik untuk siri kegemaran ramai ini.

Bersedia untuk kembali beraksi didalam kokpit jet pejuang dengan teknologi terkini dalam Ace Combat 7. Siri terbaru Ace Combat ini menjanjikan pertarungan udara yang sengit dan menakjubkan dengan penceritaan yang mendalam dan mengasyikkan.

Pemain-pemain juga akan dapat menyaksikan ketelitian grafik dalam setiap senireka jet serta teknologi-teknologi peperangan udara masakini. Pemain juga bakal dipersembahkan dengan pemandangan yang indah lagi memukau dalam setiap misi yang bakal dihadapi kelak.

Berita baik bagi mereka yang memiliki Sony PlayStation VR kerana Ace Combat 7 akan mempunyai kebolehan VR yang akan memberikan pengalaman yang lebih imersif.

Bagi mereka yang gemarkan local multiplayer, Ace Combat 7 juga akan membenarkan 2 orang pemain untuk beraksi serentak.

Ace Combat 7 akan diterbitkan pada tahun ini untuk PC, PS4, PSVR, dan Xbox One.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.