Developer yang telah menghasilkan Skullgirls telah bekerjasama dengan publisher 505 Games untuk mengeluarkan kempen di Indiegogo yang telah menarik perhatian ramai pihak!

Developer dari Lab Zero Games telah mengatakan gameplay Indivisible banyak dipengaruhi game seperti Super Metroid, Castlevania dan Valkyrie Profile manakala seni grafik lebih menyerupai game mereka terdahulu iaitu Skullgirls! Game ini banyak dipengaruhi oleh budaya negara-negara Asia Tenggara khususnya.

Indivisible adalah sebuah game yang menceritakan tentang seorang gadis yang bernama Anja dan beliau telah belajar untuk menyerap kuasa dari orang atau entiti yang lain. Pada masa yang sama, perkampungan beliau telah diserang oleh kuasa jahat.

indivisible-action-1Dijangkakan game ini memerlukan masa sebanyak 20 hingga 30 jam untuk dihabiskan tidak termasuk side quest! Lab Zero menyatakan game ini bakal mempunyai replayability yang tinggi.

indivisible-pose-1Kami di JomGaming gemar melihat studio indie mencuba idea baru dan kami telah membantu mendanakan game Indivisible ini!

Bagi mereka yang berminat, cuba prototype game ini dengan klik pada link dibawah!
WINDOWS | LINUX | MAC | US PS4 | EU PS4 | STEAM

Comments

comments