Pentas esports untuk Rainbow Six Siege semakin hari semakin mendapat tempat di hati para gamers seluruh dunia. Dan kita di Malaysia juga tidak terkecuali dalam menampilkan pemain-pemain handalan.

ESL Pro League untuk Rainbow Six Siege sebelum ini hanya tertumpu di rantau Amerika Utara, Amerika Latin dan Eropah. Pada bulan Jun lalu, ESL telah mengumumkan bahawa rantau keempat yang mereka telah buka untuk pusingan kelayakan adalah di rantau Asia Pasifik.

Pusingan kelayakan untuk rantau Asia Pasifik, iaitu APAC Pro League pula dibahagikan kepada 4 sub-rantau kecil lagi iaitu di Jepun, Korea Selatan, Asia Tenggara dan Australia-New Zealand.

Pada masa ini, pasukan-pasukan handalan dari setiap 4 sub-rantau ini telahpun dipilih. Untuk sub-rantau Asia Tenggara, satu pasukan dari Malaysia telah turut tersenarai, iaitu Impetus Gaming!

Kelayakan untuk sub-rantau Asia Tenggara akan berlangsung secara online dari 5 September hingga 27 September. Di bawah adalah pasukan terbaik bagi setiap sub-rantau ini:

2 pasukan terbaik dari setiap rantau inilah yang akan berentap secara offline di Sydney, Australia untuk APAC Pro League pada 21 dan 22 Oktober. Dan akhir sekali, 2 pasukan terbaik dari APAC Pro League akan mewakili Asia Pasifik ke acara paling gemilang untuk setiap musim, iaitu Pro League Finals, yang mana untuk Year 2 Season 3 bakal diadakan di Brazil.

Impetus Gaming merupakan antara pasukan dari Asia Tenggara yang cukup menyinar, yang mana pada saat ini, mereka berada di kedudukan ke-7 dalam ranking Asia Tenggara ESL. Di bawah adalah individu-individu yang menjadi tunjang kepada kekuatan pasukan ini:

Pengurus:
Shahzeeq Shahren

Pemain Utama:
Amirul “Avs3” Mohamad (Kapten) (Malaysia)
Harmanu “Moose” Triatmojo (Naib Kapten) (Indonesia)
Joey “TAF” Lim (Malaysia)
Elvis “Sivle” Chew (Malaysia)
Lee “sm_z” Shao Ming (Malaysia)

Simpanan:
Hafiz “HafizKamal” Kamal (Malaysia)

Gelagat Impetus Gaming semasa bergambar bersama dalam Rainbow Six Siege.

Korang jangan lupa untuk memberikan sokongan kepada Impetus Gaming dan dapatkan perkembangan terkini mereka melalui Facebook Page mereka! Jangan lupa like sekali!

Kami di JomGaming mengucapkan selamat maju jaya kepada Impetus Gaming, dan semestinya doa seluruh peminat Rainbow Six Siege tempatan dipanjatkan untuk kalian! Semoga kalian mampu layak ke APAC Pro League, dan seterusnya tidak mustahil untuk layak pula Pro League Finals! Malaysia Boleh!

Comments

comments